awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan di stesen kereta api Pakistan ragut 20 nyawa, lebih 30 cedera

Bernama
Bernama
09/11/2024
08:00 MYT
Letupan di stesen kereta api Pakistan ragut 20 nyawa, lebih 30 cedera
Ketika kejadian, ratusan penumpang sedang menunggu di platform stesen berkenaan. -Foto X Tariq Bhat
ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dalam kejadian letupan yang menggegarkan stesen kereta api di Quetta, barat daya Pakistan yang dipercayai berpunca daripada serangan bunuh diri, menurut pegawai tempatan pada Sabtu.

Ringkasan AI
  • Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan lebih 30 orang cedera dalam letupan yang dipercayai berpunca daripada serangan bunuh diri di stesen kereta api di Quetta, wilayah Balochistan.
  • Tentera Pembebasan Balochistan (BLA) mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut, serta serangan lain yang mengorbankan jurutera China dan pelombong.
  • Darurat diisytiharkan di hospital-hospital sekitar bandar Quetta, dan polis sedang mengumpul bukti serta menjalankan siasatan lanjut.

Letupan di wilayah Balochistan itu turut menyebabkan lebih 30 orang cedera dan angka korban dijangka meningkat, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Ketika kejadian, ratusan penumpang sedang menunggu di platform stesen berkenaan. Foto di media sosial menunjukkan platform rosak teruk, dengan bumbung runtuh akibat impak letupan.
CCTV Footage Captures Deadly Pakistan Railway Blast, Dozens Killed and Many Injured @GovtofPakistan @GovtofPakistan @pakistan_untold pic.twitter.com/UxpR96eKe8
— Tariq Bhat (@TariqBhatANN) November 9, 2024
“Siasatan awal menunjukkan ia adalah serangan bunuh diri,” kata pegawai polis tempatan, Azam Baloch.
Bagaimanapun, polis sedang mengumpul bukti dan menjalankan siasatan lanjut.
Susulan kejadian, darurat telah diisytiharkan di hospital-hospital sekitar bandar berkenaan, menurut jurucakap kerajaan Balochistan, Shahid Rind.
Tentera Pembebasan Balochistan (BLA), kumpulan militan etnik Baloch yang berjuang untuk kemerdekaan daripada Pakistan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.
Bulan lalu, kumpulan itu juga mengaku bertanggungjawab atas serangan yang mengorbankan dua jurutera China di Karachi dan 20 pelombong dalam kejadian lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#stesen kereta api
#serangan bunuh diri
#Pakistan
#Tentera Pembebasan Balochistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan