ISTANBUL: Satu letupan dilaporkan kedengaran berhampiran kemudahan nuklear Isfahan dan sebuah pangkalan tentera udara di tengah Iran, menurut agensi berita separa rasmi Agensi Berita Tasnim pada Isnin malam.
Setakat ini, pihak berkuasa Iran belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden itu, lapor Anadolu Ajansi yang memetik agensi berita berkenaan.
Advertisement
Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan berskala besar ke atas Iran pada Sabtu, yang dilaporkan meragut nyawa beberapa pemimpin kanan Iran termasuk Pemimpin Agungnya Ayatollah Ali Khamenei.
Sebagai tindak balas, Tehran melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta beberapa negara serantau yang menempatkan aset Amerika Syarikat.
-- BERNAMA-ANADOLU