awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
4.8 juta penerima SARA telah guna MyKad beli barangan asas - Lim
MALAYSIA
Amaran ribut petir di tujuh negeri, Labuan hingga 5 petang ini
SUKAN
RTG bantu pemain profesional dapatkan tempat latihan lebih kondusif - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Letupan gegar bandar Isfahan di Iran, sistem pertahanan udara diaktifkan

Astro Awani
Astro Awani
21/06/2025
03:50 MYT
Letupan gegar bandar Isfahan di Iran, sistem pertahanan udara diaktifkan
Isfahan menempatkan fasiliti strategik termasuk pusat nuklear dan ketenteraan, menjadikannya sasaran penting dalam konflik berterusan antara Iran dan Israel. - Foto X/@PressTV
ISFAHAN: Beberapa letupan kuat dilaporkan berlaku di bandar Isfahan, Iran awal pagi Sabtu, mencetuskan kebimbangan berhubung keselamatan kemudahan strategik negara itu di tengah-tengah konflik berterusan dengan Israel.

Ringkasan AI
  • Beberapa letupan kuat kedengaran di bandar Isfahan, Iran awal pagi Sabtu, mencetuskan pengaktifan sistem pertahanan udara negara tersebut terhadap ancaman dari udara.
  • Isfahan menempatkan fasiliti strategik termasuk pusat nuklear dan ketenteraan, menjadikannya sasaran penting dalam konflik berterusan antara Iran dan Israel.
  • Pihak berkuasa Iran mendakwa berjaya memintas peluru berpandu dan dron musuh, manakala setakat ini tiada laporan rasmi mengenai kecederaan atau kerosakan besar.

Menurut agensi berita Mehr, letupan tersebut kedengaran di bahagian timur dan utara Isfahan, yang merupakan lokasi penting bagi kemudahan nuklear dan ketenteraan Iran.
Pihak berkuasa segera mengaktifkan sistem pertahanan udara untuk memintas apa yang digambarkan sebagai “sasaran bermusuhan”.
Isfahan, bandar ketiga terbesar di Iran, menempatkan pelbagai fasiliti sensitif termasuk kilang peluru berpandu, pangkalan udara, dan pusat penyelidikan nuklear.
Serangan ke atas kawasan ini dilihat sebagai mesej strategik yang jelas dalam konflik yang semakin memuncak antara Tehran dan Tel Aviv.
Setakat ini, tiada laporan rasmi mengenai kematian atau kerosakan besar, namun media tempatan menyatakan bahawa beberapa dron dan peluru berpandu telah berjaya dipintas oleh sistem pertahanan Iran.
Komander tentera Iran menyatakan bahawa letupan berpunca daripada tindakan antipesawat terhadap objek mencurigakan di ruang udara Isfahan.
Insiden ini berlaku ketika Israel meneruskan serangan udara ke atas sasaran di Iran untuk hari kelima berturut-turut, termasuk di Tehran dan Qom.
Ketegangan antara kedua-dua negara terus meningkat sejak serangan balas dilancarkan susulan pelanggaran terhadap kemudahan nuklear Iran awal bulan ini.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Iran
#Israel
#kemudahan nuklear
#Isfahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami