MILAN: Satu letupan kuat kedengaran di tengah Milan, Itali, pada Khamis.

Reuters melaporkan beberapa kenderaan terbakar susulan letupan dengan kepulan asap hitam dapat dilihat dari lokasi berhampiran Porta Romana di tengah-tengah ibu kota kewangan dan fesyen Itali itu.

Media tempatan dalam pada itu melaporkan kejadian dipercayai berpunca daripada sebuah van yang membawa tangki oksigen.

Insiden turut memaksa pemindahan sebuah taska dan bangunan pangsapuri kediaman berhampiran, lapor media Itali.

Seorang mangsa dilaporkan cedera akibat terhidu asap.

Saksi melaporkan berlaku letupan kuat kira-kira jam 11:45 pagi.