awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letusan lumpur, gas dan air panas ganggu sebuah kampung di Sumatera Utara

Bernama
Bernama
30/04/2025
13:17 MYT
Letusan lumpur, gas dan air panas ganggu sebuah kampung di Sumatera Utara
Fenomena itu telah merosakkan kira-kira lima hektar kawasan termasuk ladang getah, manakala hujan lebat memburukkan keadaan apabila lumpur mengalir ke sungai dan mencemarkan sumber air. - TikTok Muhammad Amin
SEKURANG-KURANGNYA 15 titik letusan yang menghamburkan lumpur, gas dan air panas dilaporkan berlaku di sebuah kampung di Sumatera Utara, Indonesia, menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) negara itu.
Jurucakap BNPB Abdul Muhari dalam satu kenyataan pada Rabu (30 April) berkata sebahagian titik letusan itu muncul di tanah milik penduduk Kampung Roburan Dolok di Kabupaten Mandailing Natal minggu lepas, dengan mengeluarkan bau kuat seperti sulfur.
"Letusan ini sebenarnya sudah berlaku sejak sekian lama, tetapi tidak sebanyak ini," katanya sambil menambah bahawa bilangan titik letusan telah meningkat sejak 2018, dengan aktiviti yang semakin ketara dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
Beliau berkata fenomena itu telah merosakkan kira-kira lima hektar kawasan termasuk ladang getah, manakala hujan lebat memburukkan keadaan apabila lumpur mengalir ke sungai dan mencemarkan sumber air.
Pihak berkuasa tempatan, termasuk pasukan tindak balas pantas daripada Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD), telah menjalankan tinjauan di lokasi, manakala pakar daripada Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral mengambil sampel lumpur untuk dianalisis di makmal di Jakarta.
"Penemuan awal menunjukkan letusan itu tidak mengandungi hidrogen sulfida (H2S), namun punca sebenar masih belum diketahui dan sedang disiasat," kata Abdul Muhari lagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lumpur
#air panas
#sulfur
#bnpm
#sumatera utara
#roburan dolok
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan