awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Arab sambut baik pengiktirafan Palestin oleh Britain, Kanada, Australia

Bernama
Bernama
22/09/2025
03:00 MYT
Liga Arab sambut baik pengiktirafan Palestin oleh Britain, Kanada, Australia
Aboul-Gheit berkata, pihaknya menjangkakan lebih banyak pengiktirafan berimpak besar di peringkat antarabangsa terhadap negara Palestin yang merdeka, tidak lama lagi. - Gambar fail/REUTERS
KAHERAH: Setiausaha Agung Liga Arab Ahmed Aboul-Gheit pada Ahad menyambut baik pengiktirafan terhadap negara Palestin yang merdeka oleh Britain, Kanada dan Australia, lapor Xinhua.
Dalam satu hantaran di akaun X beliau, Aboul-Gheit berkata pengiktirafan itu "membetulkan kesilapan sejarah yang berlarutan selama bertahun-tahun."
Beliau menambah langkah itu juga selaras dengan desakan rakyat di negara-negara berkenaan untuk menyokong hak rakyat Palestin bagi kemerdekaan dan kehidupan yang bermaruah.
"Kami menjangkakan lebih banyak pengiktirafan berimpak besar di peringkat antarabangsa tidak lama lagi," katanya.
Terdahulu pada Ahad, Perdana Menteri Britain Keir Starmer dalam kenyataan video berkata Britain "secara rasmi mengiktiraf Negara Palestin," sambil menggesa agar kembali kepada penyelesaian dua negara.
Kenyataan bersama oleh Perdana Menteri Australia Anthony Albanese dan Menteri Luar Penny Wong pula menyebut: "Australia mengiktiraf aspirasi yang sah dan telah lama dipegang oleh rakyat Palestin untuk memiliki negara mereka sendiri."
Perdana Menteri Kanada Mark Carney turut mengeluarkan kenyataan pada Ahad yang mengesahkan pengiktirafan Kanada terhadap Negara Palestin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Liga Arab
#Palestin
#Ahmed Aboul-Gheit
#pengiktirafan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan