DUNIA
Lima anggota Majlis Keselamatan PBB kecam rancangan Israel untuk duduki Gaza

Israel kini berdepan kemarahan global yang semakin meningkat berhubung serangan berdarah di Gaza, yang meragut lebih 61,000 nyawa sejak Oktober 2023. - Gambar fail/REUTERS
ISTANBUL: Lima anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Ahad secara terbuka mengecam rancangan Israel untuk menduduki Gaza, lapor Anadolu Ajansi.
Ringkasan AI
- Lima negara anggota UNSC termasuk Britain, Perancis, Denmark, Greece dan Slovenia mengecam rancangan Israel menduduki Gaza kerana melanggar undang-undang antarabangsa.
- Mereka menuntut Israel tarik balik keputusan itu, hentikan sekatan bantuan, serta laksanakan gencatan senjata dan bebaskan tebusan.
- Negara-negara itu menyifatkan keadaan di Gaza sebagai krisis buatan manusia dengan rakyat, termasuk kanak-kanak, mati akibat kebuluran.
Zbogar menyatakan kebimbangan terhadap keadaan yang semakin merosot di Gaza, dengan berkata, "Kanak-kanak sedang mati akibat kebuluran. Kebuluran begitu teruk sehinggakan orang awam yang terdesak terpaksa mengambil risiko terbunuh di tempat agihan bantuan semata-mata untuk memberi makan kepada keluarga mereka."
Kesemua negara itu menyifatkan situasi ini sebagai "krisis buatan manusia" yang memerlukan tindakan segera untuk menghentikan kebuluran dan meningkatkan penghantaran bantuan ke Gaza. Mereka menuntut Israel menarik balik sekatan terhadap penghantaran bantuan dan menghapuskan "keperluan visa dan pendaftaran yang tidak munasabah" terhadap NGO antarabangsa.
Mereka turut menyeru kepada gencatan senjata segera, pembebasan tebusan dan kemajuan ke arah penyelesaian dua negara.
Israel kini berdepan kemarahan global yang semakin meningkat berhubung serangan berdarah di Gaza, yang meragut lebih 61,000 nyawa sejak Oktober 2023. Kempen ketenteraan itu telah memusnahkan wilayah Gaza dan membawa penduduknya ke ambang kebuluran.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami