Lima anggota polis cedera dalam satu letupan bom di Daerah Thepha, Songkhla pada Khamis.
Ketua Polis Siasatan Jenayah Thepha Left. Pol Bancha Phadthaisong berkata ketika kejadian pada 3.45 petang (waktu tempatan), lima anggota polis sedang menaiki sebuah kenderaan pikap meronda di Jalan Thepha-Lamplai.
Beliau berkata sebutir bom buatan sendiri seberat 25 kilogram itu dipercayai dipasang dalam sebuah tong gas dan diletupkan.
"Kesemua mangsa dalam kenderaan pikap itu cedera dan digegaskan ke Hospital Thepha.
"Motif serangan ini dipercayai tindakan balas dendam kematian dua anggota militan pada bulan lepas," katanya kepada pemberita di sini.
Bancha berkata kelima-lima anggota polis yang cedera kini dilaporkan dalam keadaan stabil.
Beliau berkata pihak berkuasa Thailand sedang berusaha menjejaki suspek yang terlibat dalam letupan ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 12 2019
Dalam kejadian kira-kira 3.45 petang (waktu tempatan), lima anggota polis terbabit sedang menaiki sebuah kenderaan pikap untuk meronda di Jalan Thepha-Lamplai. -- fotoBERNAMA
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pentagon tidak setuju ancaman Trump untuk serang tapak kebudayaan Iran
Selepas ancaman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump terhadap Iran jika negara membalas dendam atas kematian Komander tertinggi Iran, Qasem Soleimani pada Jumaat lalu.