KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Selasa berkenan menerima menghadap Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil di Istana Negara.
Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dalam pertemuan itu, Seri Paduka Baginda dipersembah maklum tentang persediaan sambutan Hari Kebangsaan yang bakal berlangsung pada 31 Ogos di Dataran Putrajaya.
Tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati” dipilih bagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 (HKHM2026) tahun ini manakala logo Malaysia MADANI dikekalkan sebagai logo rasmi sambutan hingga tahun hadapan.
Sebelum ini, Fahmi memaklumkan majlis peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2026 akan diadakan di Ipoh, Perak pada 19 Julai ini, manakala Sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept di Sarawak.
-- BERNAMA