SUMENEP: Lima individu disahkan maut manakala 41 lagi masih hilang selepas sebuah feri penumpang terbakar di perairan berhampiran Pulau Madura, Indonesia pada Ahad, lapor BBC.
Menurut Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas), feri KMP Mutiara Sentosa 2 yang membawa sekurang-kurangnya 250 penumpang dan kru itu sedang belayar dari Surabaya, Jawa Timur menuju Makassar, Sulawesi Selatan ketika kebakaran berlaku.
Basarnas berkata Pejabat SAR Surabaya menerima laporan mengenai kebakaran tersebut pada jam 8.24 pagi waktu tempatan, manakala maklumat daripada syarikat perkapalan memaklumkan insiden itu dipercayai berlaku antara jam 6 pagi hingga 7 pagi.
Menurut agensi itu, feri berkenaan hampir keseluruhannya dijilat api ketika pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian.
Indonesia ferry fire LATEST Updates
The cause of the fire was not immediately known.
Authorities said passengers and cargo were being transferred to rescue vessels.
As of 11.20am local time, about 40 people remained on board the ferry while evacuation efforts continued.… pic.twitter.com/HkeTNmLXL8— Abhijit Pathak (@aajtakabhijit) August 2, 2026
Ya Allah ..semoga teman2 yg ada di kapal MUTIARA SENTOSA 2 selamat🤲
insiden kapal terbakar ...
Minggu 2 Agustus 2026
cc: acholatif pic.twitter.com/4Y1aC1XpDo— mamahmuda (@mamahmuda1_) August 2, 2026
Penumpang dilaporkan berlindung di bahagian anjungan dan haluan kapal sementara menunggu bantuan.
Rakaman video yang disiarkan media tempatan menunjukkan kepulan asap tebal serta kebakaran di bahagian atas feri, manakala sebahagian penumpang memakai jaket keselamatan dan dipindahkan menggunakan bot penyelamat.
Beberapa rakaman lain turut menunjukkan penumpang terjun ke laut untuk menyelamatkan diri sebelum dibantu pasukan penyelamat yang berada di lokasi.
Pihak berkuasa Indonesia meneruskan operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan mangsa yang masih hilang, manakala punca kejadian masih dalam siasatan.