awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima maut dalam insiden tembakan di kelab malam

Astro Awani
Astro Awani
20/11/2022
22:45 MYT
Lima maut dalam insiden tembakan di kelab malam
Pemandangan di kelab malam Club Q sejurus selepas insiden tembakan. - Foto REUTERS
COLORADO SPRINGS: Sekurang-kurangnya lima terbunuh dalam insiden tembakan di sebuah kelab malam di Colorado Springs, Amerika Syarikat (AS) pada lewat Sabtu.
Suspek ditahan oleh pengunjung kelab malam berkenaan sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Lelaki berusia 22 tahun itu dikenal pasti sebagai Anderson Lee Aldrich dan dirawat selepas mengalami kecederaan, kata polis.
Siasatan awal menunjukkan suspek menggunakan senapang bagi melepaskan tembakan.
Beberapa pengunjung di Club Q itu turut cedera parah dalam insiden tersebut dan dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Ketua Polis Colorado Springs, Adrian Vasquez memaklumkan, beberapa jenis senjata turut ditemui di tempat kejadian.
Katanya, ketika ini polis sedang menyiasat pemilik sebenar senjata tersebut.
Negeri Rocky Mountain itu mempunyai sejarah pembunuhan beramai-ramai termasuk insiden tembakan di Sekolah Menengah Columbine pada tahun 1999 dan di dalam sebuah panggung wayang di Denver pada tahun 2012.
Topic Berkaitan
#insiden tembakan
#kelab malam
#Anderson Lee Aldrich
#Club Q
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan