Pengunjung dan pelancong ke Turki sejak Isnin berpusu-pusu ke kedai serta butik berjenama untuk mendapatkan produk yang mereka inginkan, terutamanya apabila kuasa membeli mereka melonjak akibat krisis mata wang Lira.
Mata wang tersebut merudum hingga ke paras terendah iaitu 7 Lira kepada AS$1.
Pelancong Arab kelihatan sanggup berbaris panjang di hadapan pintu masuk butik jenama Chanel dan Louis Vuitton di Nisantasi, iaitu sebuah kejiranan komersial di Istanbul, lapor Reuters.
“Kami membeli pakaian, alat solek, produk jenama mewah. Semua jadi murah!” ujar Fatima Ali dari Kuwait yang datang bersama dua anak perempuannya, serta sebuah beg besar untuk mengisi barang pembelian.
Lira telah menguncup lebih daripada 40 peratus berbanding dolar Amerika tahun ini.
Semua itu dipengaruhi oleh Presiden Tayyip Erdogan dalam menguruskan ekonomi negaranya yang kini terkesan akibat hubungan yang memburuk dengan Amerika Syarikat.
Erdogan bagaimanapun menyeru rakyatnya supaya melayani para pelancong sebaik-baiknya, yang membawa masuk dolar ke dalam negara itu pada waktu kritikal.
"Teruskan layanan anda kepada mereka (pelancong dan pembeli). Kerana pada masa ini, ketika sesetengah orang membawa keluar dolar, ada yang memberikannya kepada anda,” ujar Erdogan kepada para penyokongnya hujung minggu lalu.
Para pengusaha kedai di sekitar kawasan komersial di Istanbul mengakui para pengunjung dan pelanggan kedai bertambah dengan banyak walaupun pada musim kemuncak.
Ada pengunjung dari Mesir mendapati, secara perbandingan, dia dapat berjimat hingga AS$1,000 ketika membeli produk yang sama di negaranya sendiri.
Agensi
Tue Aug 14 2018
Para pelancong mengambil peluang untuk membeli-belah, meskipun terpaksa berbaris panjang di hadapan butik jenama mewah yang mereka sukai. - Reuters
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Pengunjung pusat beli-belah maut dalam insiden tembakan
Polis enggan mengulas tentang motif suspek dalam kejadian ini dan jika dia mempunyai sejarah jenayah lampau.
Pelancong asing sumbang RM28.1 bilion
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata jumlah itu merupakan satu peningkatan sebanyak 4.6 peratus berbanding tahun 2017.
Nilai 3 akan dipromosi semula sebagai destinasi beli-belah
Ada syarikat bersetuju ambil alih tanggungjawab mempromosi semula Pusat Perniagaan Nilai 3 sebagai pusat komersil terbaik di negara ini.
AirAsia 3.0: Pelan Digitalisasi di landasan tepat ke arah menjadi syarikat digital
Ini sejajar dengan hasrat Tan Sri Tony Fernandes menjadikan AirAsia lebih daripada sebuah syarikat penerbangan.
Jualan 11.11 Alibaba cecah US$10 bilion dalam tempoh sejam pertama
Syarikat itu mengumumkan angka tersebut mengatasi GMV 2017 yang merekodkan 168.2 bilion (1 yuan/renminbi = RM0.60) secara keseluruhan tempoh 24 jam.
Ikea Malaysia lancar beli-belah dalam talian, sasar tambah jumlah gedung
Timbalan Pengarah Runcit IKEA bagi Asia Tenggara, Gerard Jansen berkata jumlah dagangan dan kunjungan pelanggan itu merupakan dua faktor penting bagi pembuat perabot Sweden itu.
Lira merudum: Pelancong di Turki 'naik hantu' membeli-belah!
Pelancong Arab kelihatan sanggup berbaris panjang di hadapan pintu masuk butik jenama Chanel dan Louis Vuitton di Nisantasi.
Warga kota ambil kesempatan membeli-belah pada hari pertama GST sifar
Warga kota terutamanya umat Islam yang akan menyambut Aidilfitri kira-kira dua minggu lagi mengambil kesempatan membeli-belah barangan keperluan pada hari pertama pelaksanaan GST berkadar sifar.
Aku janji BN bayar 20 sen kepada pengguna bawa beg sendiri disokong
Jika pengguna dibayar 20 sen ketika membeli barang keperluan, langkah itu dapat menggalakkan mereka untuk membawa beg sendiri ketika membeli-belah supaya dapat mengurangkan penggunaan beg plastik.
Beli-belah guna Ringgit Malaysia di aplikasi Amazon
Syarikat Amazon melancarkan ciri terbaru dalam aplikasi untuk pengguna membeli-belah sebanyak 45 juta barangan yang boleh dihantar ke satu dunia dihantar ke seluruh dunia melalui peranti mudah alih.