Para penyiasat dikatakan memperolehi rakaman gambar daripada litar video menunjukkan seorang lelaki meletak beg yang mengandungi bahan letupan.

Dakwaan berkenaan dibuat oleh Presiden Majlis Bandaraya Boston, Stephen Murphy.

Litar video itu dikatakan diperolehi daripada sebuah kedai berhampiran.

Sebelum ini beberapa media melaporkan identiti suspek diperolehi daripada litar rakaman kamera di sebuah premis berhampiran lokasi dua letupan.

Mengulas perkembangan itu biro siasatan persekutuan dan jabatan peguam negara mengesahkan tiada tangkapan dibuat.

Dalam kejadian di acara berprestij, Boston Maraton dua siri letupan berhampiran garisan penamat meragut tiga nyawa termasuk kanak-kanak.

Para penyiasat percaya, suspek mengubah suai bahan letupan dengan menggunakan periuk tekanan yang diisi dengan bahan letupan paku dan bahan besi lain.

Sementara itu, Presiden Barack Obama memberi penghargaan kepada mereka yang cedera dalam insiden letupan bom di Boston.

Menurutnya beliau tidak pernah menjangka letupan terbabit sehingga menyebabkan mereka terpaksa melalui tempoh pemulihan yang panjang.

Obama berkata demikian ketika melancarkan Wounded Warrior Project bagi mengutip dana dan memupuk kesedaran orang ramai terhadap tentera Amerika Syarikat yang cedera.