MANILA: Jaguh tinju dunia dari Filipina, Manny Pacquiao sudah bertarung beratus kali sepanjang kariernya.
Selepas menempuhi karier yang berjaya - gelaran dunia dalam lapan kategori berbeza - akhirnya Pacquiao mengumumkan persaraannya pada Rabu.
Beliau membuat keputusan sukar itu bagi memberi tumpuan penuh pada pertarungan terbesar dalam karier politiknya, mencalonkan diri sebagai Presiden dalam pilihan raya Filipina pada tahun depan.
Senator Filipina itu yang telah membahagikan masanya antara politik dan pertarungan membuat pengumuman itu dalam video berdurasi 14 minit yang disiarkan di laman Facebook rasminya.
“Saya baru sahaja mendengar loceng terakhir. Tinju sudah berakhir,” katanya.
“Saya tidak pernah menyangka hari ini akan tiba ketika saya tidak lagi memakai sarung tangan tinju saya,” kata Pacquiao sambil mengucapkan terima kasih kepada peminatnya di seluruh dunia.
Terkenal dengan gerakan kaki pantas dan tumbukan yang kuat, Pacquiao dianggap sebagai salah satu petinju terbaik dalam sejarah sukan tersebut.
Promotor veteran Bob Arum pada tahun 2010 mengatakan beliau tidak dapat ditandingi, dan berpendapat beliau lebih baik daripada Muhammad Ali.
“Tumbukan dari tangan kiri dan kanannya dilepaskan dengan kekuatan yang sama dan itulah yang menghancurkan lawannya,” kata Arum kepada Reuters.
Pacquiao adalah antara sekutu paling kuat Presiden Filipina, Rodrigo Duterte sebelum ini.
Begitupun, hubungan politik mereka menjadi tidak baik setelah Pacquiao mengkritik persahabatan Duterte dengan China dan rasuah dalam pemerintahan.
Agensi
Wed Sep 29 2021
Terkenal dengan gerakan kaki pantas dan tumbukan yang kuat, Manny Pacquiao dianggap sebagai salah satu petinju terbaik dalam sejarah sukan tersebut. - Gambar APNEWSROOM
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Mewahnya rumah agam isteri calon Presiden Filipina ini, siap ada private resort sendiri!
Wanita cantik ini memiliki apa yang diimpikan setiap wanita - kebahagiaan berkeluarga, kaya, ternama dan berjaya!
Anak perempuan Rodrigo Duterte bakal bertanding jawatan Presiden Filipina pada pilihan raya 2022
Sara Duterte-Carpio yang juga Datuk Bandar Davao disebut-sebut bakal bertanding jawatan Presiden Filipina.
Loceng terakhir sudah berbunyi, Pacquiao umum bersara, mahu fokus pemilihan Presiden Filipina
Manny Pacquiao nekad tinggalkan gelanggang tinju untuk beri tumpuan penuh pada pertarungan terbesar dalam karier politiknya.
McGregor dakwa akan bertinju dengan Pacquiao
McGregor tewas kepada Floyd Mayweather Jr. Ogos 2017 dan dijangka berdepan petinju berusia 41 tahun, Pacquiao.
Floyd Mayweather umum 'rematch' dengan Manny Pacquiao
Floyd Mayweather mengumumkan akan bertarung semula dengan seteru lamanya, Manny Pacquiao dalam satu perlawanan pertunjukan di Tokyo, Jepun.
Manny Pacquiao jadi selebriti pertama dunia lancar wang kripto
Ini merupakan wang kripto pertama di dunia membabitkan selebriti ternama.
Pacquiao kepada Mayweather: 'Rematch dengan saya kalau mahu terus relevan'
Manny Pacquiao mencabar Floyd Mayweather Jr untuk mengadakan rematch (pertarungan semula) dengannya jika bekas juara tinju dari Amerika Syarikat itu mahu kekal relevan.
Masih berbisa, Manny Pacquiao raih kejuaraan welterweight super WBA
Manny Pacquiao sekali lagi mempamerkan kehebatannya apabila berjaya meraih kejuaraan welterweight WBA (super) selepas menewaskan Keith Thurman pada Ahad.
Syed Saddiq akui permintaan TMJ buat beliau 'kurang selesa'
Perkara tersebut diakui sendiri oleh Ahli Parlimen Muar itu pada sidang media sempena Setahun Pakatan Harapan di bangunan kementeriannya, pada Selasa.
Manny Pacquiao kekalkan kejuaraan welterweight WBA
Manny Pacquiao berjaya mengekalkan kejuaraan weltwerweight Persatuan Peninju Dunia (WBA) selepas menewaskan Adrien Broner di Las Vegas, pada Ahad.