awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lohong hitam terbesar di Bima Sakti dikesan, 33 kali lebih besar daripada matahari

Amanz
Amanz
17/04/2024
01:30 MYT
Lohong hitam terbesar di Bima Sakti dikesan, 33 kali lebih besar daripada matahari
Selain BH3, teleskop Gaia juga mengesan dua lagi lohong hitam di dalam Bima Sakti. - Foto Amanz
AHLI astronomi daripada Agensi Angkasa Eropah (ESA) mengumumkan penemuan lohong hitam terbesar di dalam Bima Sakti.
Lohong hitam BH3 terletak berhampiran buruj Aquila dan adalah lebih 1926 tahun cahaya daripada bumi dengan ia bersaiz 33 kali ganda lebih besar berbanding matahari.
Penemuan dilakukan oleh teleskop angkasa lepas Gaia yang dilancarkan ESA pada tahun 2013 untuk mengambil gambar berbilion bintang.
Saintis mengesan pergerakan pada bintang di dalam buruj Aquila yang memberikan petanda terdapat sebuah lohong hitam berhampiran.
Kemudian menerusi bantuan Very Large Telescope (VLT) yang terletak di Chile, kewujudan BH3 disahkan bersama dengan saiznya.
Selain BH3, teleskop Gaia juga mengesan dua lagi lohong hitam di dalam Bima Sakti.
Lohong hitam BH1 ditemukan di buruj Ophiuchus yang terletak 1560 tahun cahaya daripada bumi. Sementara itu lohong hitam BH2 pula di buruj Centaurus yang terletak 3800 tahun cahaya daripada bumi.
Adalah dipercayai terdapat lebih 100 juta lohong hitam di dalam Bima Sakti.
Walaupun wujud dalam jumlah yang besar, lohong hitam sukar dikesan kerana ia menyedut cahaya yang membolehkan ia dilihat oleh mata kasar.
Topic Berkaitan
#lohong hitam
#bima sakti
#Matahari
#bintang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan