awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Stesen minyak dikenakan tindakan jual RON95 kepada kenderaan asing
Kepimpinan perlu berlandas integriti, berpaksikan rakyat - PM Anwar
Ibu sanggup dermakan hati, cari dana selamatkan bayi 7 bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Louvre lancar tender bagi kerja-kerja penambahbaikan keselamatan - Dokumen

Bernama
Bernama
20/11/2025
09:53 MYT
Louvre lancar tender bagi kerja-kerja penambahbaikan keselamatan - Dokumen
Tarikh akhir penghantaran bidaan ialah 3 Disember 2025, manakala tempoh awal kontrak ditetapkan selama 7.5 tahun. - Reuters
MOSCOW: Muzium Louvre di Paris mengumumkan tender terbuka bagi kerja-kerja meningkatkan keselamatannya susulan kejadian rompakan berprofil tinggi pada Oktober, menurut dokumen yang dilihat RIA Novosti pada Khamis.
"Subjek kontrak ini ialah pelaksanaan langkah-langkah bagi memastikan keselamatan Muzium Louvre sebagai sebahagian daripada pelan induk," menurut dokumen itu.
Tarikh akhir penghantaran bidaan ialah 3 Disember 2025, manakala tempoh awal kontrak ditetapkan selama 7.5 tahun, menurut dokumen itu. Projek itu akan dilaksanakan dalam enam fasa dengan pembiayaan daripada belanjawan Louvre.
Dokumen tender tidak menyatakan jumlah peruntukan atau jenis kerja-kerja yang akan dijalankan.
Awal November lepas, Pengarah Louvre Laurence des Cars mengumumkan bahawa pelan induk keselamatan muzium itu telah berkuat kuasa. Ia merangkumi pelbagai langkah, khususnya dalam bidang pemantauan video yang digambarkannya sebagai "titik lemah" Louvre.
Pada 19 Oktober, penjenayah menceroboh masuk ke Louvre dan melarikan sembilan barang kemas daripada koleksi 23 barang Napoleon dan Maharani. Barangan yang dicuri termasuk tiara, subang, rantai dan kerongsang yang pernah dimiliki permaisuri dan maharani Perancis.
Kerugian akibat rompakan itu dianggarkan berjumlah EUR88 juta (AS$102 juta).
Setakat ini, tujuh suspek telah ditahan, empat didakwa dan tiga dibebaskan.
Menteri Dalam Negeri Perancis Laurent Nunez berkata pencuri memasuki Louvre melalui tingkap menggunakan tangga pada jentera pengangkat, memotong kaca tingkap dengan pencanai sebelum melarikan diri dengan skuter.
Nunez tidak menolak kemungkinan bahawa penjenayah terbabit ialah warga asing.
Akhbar Le Parisien melaporkan bahawa kecurian itu dilakukan oleh kumpulan empat individu, dengan dua daripadanya menceroboh masuk ke muzium.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#muzium louvre
#Paris
#buka tender
#keselamatan
#insiden rompakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan