awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah mangsa banjir di Pahang berkurangan
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ismanira tidak dibenar tangguh hukuman penjara lima tahun
APMM temui 40 bungkus daun ketum terapung di perairan Pantai Leman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lubang benam gergasi 'telan' bot terusan di England, operasi menyelamat dilancar

Astro Awani
Astro Awani
23/12/2025
00:30 MYT
Lubang benam gergasi 'telan' bot terusan di England, operasi menyelamat dilancar
Bot-bot rosak kelihatan terdampar selepas sebuah lubang benam menyebabkan terusan pecah di Whitchurch, Shropshire, England. - Foto AP
SHROPSHIRE: Satu kejadian luar biasa berlaku di Whitchurch, Shropshire, England apabila sebuah lubang benam bersaiz gergasi muncul secara tiba-tiba di Terusan Shropshire Union, menyebabkan beberapa bot terusan tertimbus dan mencetuskan operasi menyelamat berskala besar.
Menurut Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Shropshire, lubang benam berukuran kira-kira 50 meter panjang dan lebar itu terbentuk sekitar jam 4.22 pagi Isnin waktu tempatan, mengakibatkan dua bot terperangkap dalam lumpur tebal manakala sebuah lagi bot dilihat condong di tepi cerun lubang tersebut.
Pihak berkuasa segera mengisytiharkan insiden itu sebagai “kejadian besar” dan mengerahkan pasukan penyelamat ke lokasi.
Sekurang-kurangnya 10 orang telah diselamatkan dari kawasan terjejas, dan tiada kecederaan serius dilaporkan setakat ini.
Imej yang dikongsi oleh pihak bomba menunjukkan keadaan dramatik bot-bot sempit yang biasanya digunakan sebagai rumah terapung atau untuk rekreasi di Britain, kini terdampar di dasar terusan yang telah kering sepenuhnya akibat keruntuhan struktur dasar.
Punca kejadian masih dalam siasatan, namun pihak berkuasa mengesahkan berlaku tanah runtuh besar yang menyebabkan terusan bocor dan airnya mengalir keluar, sekali gus mempercepatkan pembentukan lubang benam tersebut.
Penduduk tempatan dan pemilik bot yang terjejas telah dipindahkan ke kawasan selamat, manakala kerja-kerja pembaikan dan penilaian struktur sedang dijalankan.
Pihak berkuasa juga menasihatkan orang ramai agar menjauhi kawasan kejadian bagi memastikan keselamatan semua pihak.
Topic Berkaitan
#lubang benam
#bot terusan
#operasi menyelamat
#rumah terapung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan