awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lubnan hubungi negara Arab dan lain-lain, desak tekanan terhadap Israel

Bernama
Bernama
23/03/2025
03:00 MYT
Lubnan hubungi negara Arab dan lain-lain, desak tekanan terhadap Israel
Menteri Luar Lubnan, Youssef Rajji menggesa para pegawai berkenaan supaya mengenakan tekanan ke atas Israel untuk menghentikan pencerobohan dan ketegangan serta membendung situasi berbahaya di sepanjang sempadan selatan. - Gambar Reuters
ISTANBUL: Menteri Luar Lubnan, Youssef Rajji pada Sabtu menghubungi beberapa pegawai asing bagi mendesak tekanan antarabangsa terhadap Israel menghentikan serangannya ke atas negara itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Menurut kenyataan Kementerian Luar Lubnan, Rajji mengadakan perbincangan dengan Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty; Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi; Menteri Perancis, Jean-Noel Barrot; Timbalan Wakil Khas AS bagi Keamanan Timur Tengah, Morgan Ortagus serta Timbalan Penolong Setiausaha bagi Hal Ehwal Levant dan Penglibatan Syria, Natasha Franceschi.
Kementerian menyatakan, tindakan itu "merupakan sebahagian daripada usaha diplomatik untuk membendung peningkatan ketegangan di selatan Lubnan dan dilakukan dengan koordinasi bersama Presiden Lubnan, Joseph Aoun serta Perdana Menteri, Nawaf Salam."
Rajji menggesa para pegawai berkenaan supaya mengenakan tekanan ke atas Israel untuk menghentikan pencerobohan dan ketegangan serta membendung situasi berbahaya di sepanjang sempadan selatan.
Perbincangan diadakan selepas Israel mendakwa penempatan Metula terkena serangan roket dari Lubnan, yang kemudian menyebabkan tentera Israel bertindak balas dengan melancarkan serangan udara ke atas beberapa kampung dan bandar di selatan negara itu.
Serangan roket ke atas Metula merupakan insiden pertama seumpamanya sejak gencatan senjata antara Lubnan dan Israel dikuatkuasakan hampir empat bulan lalu.
Setakat ini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#lubnan
#konflik Lubnan
#serangan Israel
#Youssef Rajji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan