BEIRUT: Kerajaan Lubnan menafikan mempunyai sebarang maklumat berhubung kemungkinan berlakunya perbualan telefon antara pemimpin negara itu dengan Israel, meskipun terdapat dakwaan mengenainya oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Seorang pegawai Lubnan memaklumkan kepada Al Jazeera bahawa pihaknya tidak menerima sebarang butiran lanjut mengenai rundingan tersebut, yang jika berlaku, bakal menjadi rundingan rasmi pertama di antara kedua-dua negara dalam tempoh 34 tahun.
Advertisement
#Lebanon official source to @AJEnglish we have NO information about a possible phone conversation between Lebanon and Israeli leaders or a possible second meeting of ambassadors In Washington- as hinted in Trump tweets
— Zeina Khodr (@ZeinakhodrAljaz) April 16, 2026
Penafian itu menyusul selepas Trump menerusi hantaran di platform Truth Social membayangkan bahawa pemimpin Israel dan Lubnan akan mengadakan perbincangan tidak lama lagi bagi meredakan ketegangan di Asia Barat.
Selain itu, sumber rasmi berkenaan turut menyatakan tiada maklumat mengenai kemungkinan mesyuarat kedua membabitkan duta-duta di Washington seperti yang digambarkan dalam hantaran media sosial Presiden AS tersebut.
Situasi ini mencerminkan kekeliruan diplomatik di tengah-tengah percubaan Washington untuk menjadi orang tengah dalam konflik yang melibatkan serangan berterusan rejim Israel di wilayah Lubnan.
Setakat ini, pejabat Perdana Menteri Lubnan belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bagi mengulas dakwaan Trump yang dilihat cuba mempercepatkan proses normalisasi atau gencatan senjata di rantau berkenaan.