awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Thailand perketat saringan di lapangan terbang susulan penularan wabak Nipah di India
Saya ucap selamat maju jaya - Cklamovski jelas status Nafuzi, Cheng Hoe
Agong berangkat ke Rusia untuk lawatan khas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lufthansa batal lebih banyak penerbangan ke Asia Barat

Bernama
Bernama
19/08/2024
12:17 MYT
Lufthansa batal lebih banyak penerbangan ke Asia Barat
Lufthansa menawarkan pembatalan percuma kepada pelancong dengan tiket sehingga 31 Ogos. - Gambar fail/AP
FRANKFURT: Disebabkan situasi tidak menentu yang berterusan di Asia Barat, Kumpulan Lufthansa telah membatalkan lebih banyak penerbangan ke rantau itu, menurut laporan Agensi Berita Jerman (dpa).
Semua penerbangan ke dan dari Tel Aviv, Tehran, Beirut, Amman dan Erbil di wilayah Kurdistan, Iraq akan terus digantung sehingga Isnin depan, 26 Ogos, syarikat itu mengumumkan di Frankfurt.
Sehingga tarikh itu, syarikat penerbangan dalam kumpulan berkenaan juga akan mengelak menggunakan ruang udara Iraq dan Iran.
Penghentian penerbangan sebelum ini berkuat kuasa sehingga Rabu.
Sebab larangan itu ialah ketegangan antara Israel dan Iran, yang dikhuatiri berpotensi membawa kepada perang yang lebih luas jauh di luar Semenanjung Gaza.
Lufthansa menawarkan pembatalan percuma kepada pelancong dengan tiket sehingga 31 Ogos.
Sekatan penerbangan terpakai kepada semua syarikat penerbangan dalam kumpulan tersebut dan kepada kedua-dua pesawat kargo dan penumpang, tanpa sebarang pengecualian atau perbezaan.
Selain daripada syarikat induk, Kumpulan Lufthansa termasuk Swiss, Austrian, Brussels Airlines dan Eurowings.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Lufthansa
#pelancong
#Israel
#perang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan