awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahmad Zahid cadang tubuh Majlis Pengurusan Bencana Negara
Aliff Syukri komen ‘hahaha’, peguam bekas menteri mohon ‘gag order’ hina mahkamah
Lima kes rasuah dihadapi Shamsul Iskandar dibicarakan bersama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lufthansa gantung penerbangan ke Asia Barat untuk seminggu lagi

Bernama
Bernama
12/08/2024
23:15 MYT
Lufthansa gantung penerbangan ke Asia Barat untuk seminggu lagi
Lufthansa menawarkan pembatalan percuma kepada penumpang dengan tiket sehingga 31 Ogos. - Gambar fail AP
FRANKFURT: Kumpulan Lufthansa melanjutkan pembatalan penerbangan ke Asia Barat untuk seminggu lagi, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Semua penerbangan ke dan dari Tel Aviv, Tehran, Beirut, Amman dan Erbil akan digantung sehingga 21 Ogos, menurut pengumuman syarikat itu di Frankfurt pada Isnin.
Syarikat dalam kumpulan itu juga tidak akan menggunakan ruang udara Iraq dan Iran. Pembatalan penerbangan sebelumnya berkuat kuasa sehingga Selasa.
Penggantungan itu dibuat sebagai tindak balas terhadap ketegangan berterusan antara Israel dan Iran, yang menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan perang yang merebak jauh melebihi Semenanjung Gaza.
Lufthansa menawarkan pembatalan percuma kepada penumpang dengan tiket sehingga 31 Ogos.
Penggantungan penerbangan itu melibatkan semua syarikat penerbangan dalam kumpulan termasuk Swiss, Austrian, Brussels Airlines dan Eurowings serta pesawat kargo dan penumpang.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Lufthansa
#Batal penerbangan
#ketegangan Israel-Iran
#Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan