awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
5,819 murid pendidikan khas terima Sijil Alternatif Sekolah Menengah 20 Jan ini - KPM
Malaysia sasar perluas kerjasama pelancongan dengan Vietnam
Filipina tawar ganjaran AS$160,000 untuk bantuan tangkap taikun perjudian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Macron akan adakan rundingan dengan Zelenskyy di Paris Isnin ini

Agensi
Agensi
30/11/2025
00:30 MYT
Macron akan adakan rundingan dengan Zelenskyy di Paris Isnin ini
Presiden Macron (kanan) mengadakan pertemuan dengan Zelenskyy di luar sidang kemuncak Kesatuan Eropah di Brussels, Belgium pada 23 Oktober lalu. - Gambar Reuters
PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron akan menjadi tuan rumah kepada Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, di Paris pada Isnin bagi membincangkan usaha mencapai apa yang disifatkan Perancis sebagai “keamanan yang adil dan berkekalan”, menurut kenyataan Istana Presiden pada Sabtu (29 Nov).
Pengumuman itu dibuat ketika Kyiv berdepan ketidaktentuan politik dan delegasi kanan Ukraine berada di Amerika Syarikat (AS) untuk meneruskan rundingan mengenai kerangka yang disokong Washington bagi menamatkan perang dengan Rusia.
Menteri Luar Perancis, Jean-Noel Barrot memberitahu La Tribune Dimanche, Perancis akan “menyambut Presiden Zelenskyy di Paris pada Isnin untuk menggerakkan rundingan.”
Beliau berkata, keamanan boleh dicapai “jika Presiden Vladimir Putin meninggalkan harapan tidak realistik untuk menghidupkan semula Empayar Soviet dengan menakluk Ukraine.”
Barrot turut memberi amaran bahawa Rusia mesti menerima gencatan senjata atau berdepan “sekatan baharu yang akan melemahkan ekonominya”, di samping sokongan Eropah yang lebih kukuh kepada Ukraine.
Beliau menambah, Macron dan Zelenskyy kerap berhubung dengan lawatan terakhir Zelenskyy ke Paris pada 17 November lalu. - Agensi
Topic Berkaitan
#Emmanuel Macron
#Volodymyr Zelenskyy
#konflik Rusia-Ukraine
#rundingan keamanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan