awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Macron akan lakukan lawatan negara ke UK sebelum Trump - Laporan

Bernama
Bernama
20/04/2025
12:52 MYT
Macron akan lakukan lawatan negara ke UK sebelum Trump - Laporan
Presiden Perancis itu dikatakan menerima jemputan daripada Raja Britain untuk melawat UK pada akhir Mei, lapan tahun selepas memegang jawatan. - AP
LONDON: Emmanuel Macron akan diberikan lawatan negara sebelum lawatan Donald Trump yang dijangka pada September ketika Britain berusaha mengadakan hubungan yang lebih erat dengan Eropah, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Presiden Perancis itu dikatakan menerima jemputan daripada Raja Britain untuk melawat UK pada akhir Mei, lapan tahun selepas memegang jawatan.
Beberapa pegawai kerajaan dan pegawai istana mengetahui butiran mengenai perkara itu, yang akan menjadi lawatan negara pertama Macron ke Britain, menurut The Sunday Times.
Terdahulu, pemimpin AS itu mencadangkan Istana Buckingham agar "menetapkan tarikh pada September" untuk beliau bertemu Raja Charles apabila ditanya mengenai laporan bahawa beliau dijangka ke UK pada akhir musim panas.
Bercakap kepada wartawan di Pejabat Oval, Trump berkata: "Mereka akan melakukan yang kedua, seperti yang anda tahu, perayaan kedua... itulah dia, perayaan dan ia indah dan ia adalah kali pertama ia pernah berlaku kepada seseorang.
"Dan sebabnya ialah kami mempunyai dua penggal yang berasingan dan ia adalah satu penghormatan... saya adalah rakan (Raja) Charles, saya sangat menghormati Raja Charles dan keluarga, (Putera) William, kami benar-benar menghormati keluarga itu."
Duluan untuk Presiden AS bagi penggal kedua yang sudah melakukan lawatan negara biasanya diundang minum teh atau makan tengah hari dengan Raja di Istana Windsor, seperti yang berlaku kepada George W. Bush dan Barack Obama.
Perdana Menteri British Keir Starmer menyerahkan kepada Trump apa yang beliau gambarkan sebagai jemputan peribadi yang "benar-benar bersejarah" daripada Raja untuk lawatan negara kedua ketika beliau melawat White House pada Februari.
Lawatan negara yang dijadualkan dijangka berlangsung di Istana Windsor dan bukannya di Balmoral atau Dumfries House seperti jangkaan sebelum ini, menurut laporan media.
Lawatan Presiden Perancis Emmanuel Macron turut dijangka di Windsor susulan kerja pengubahsuaian di Istana Buckingham.
Starmer pula berulang kali menegaskan beliau tidak perlu memilih antara mengukuhkan hubungan dengan Eropah dan mempertingkat perdagangan dengan Amerika Syarikat.
Menteri Kewangan Rachel Reeves dijadual berlepas ke Washington minggu depan bagi menghadiri mesyuarat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan dijangka berbincang dengan rakan sejawat mengenai kemungkinan perjanjian ekonomi lebih meluas bagi mengurangkan kesan tarif 10 peratus yang dikenakan Presiden Donald Trump ke atas semua barangan import ke Amerika.
Bagaimanapun, beberapa menteri turut berkata Britain perlu menyelaras usaha dengan lebih baik di peringkat Eropah bagi melindungi ekonominya.
Sementara itu, Starmer dan Macron dilaporkan bekerjasama rapat dalam bidang pertahanan, termasuk merancang penubuhan "pakatan sukarela" yang dipimpin Britain dan Perancis bagi mempertahankan sebarang perjanjian damai di Ukraine.
Pejabat Perdana Menteri enggan mengulas, manakala Istana turut dihubungi untuk mendapatkan maklum balas.
Topic Berkaitan
#Presiden Perancis
#Emmanuel Macron
#Lawatan Negara
#United Kingdom
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan