awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Macron sifatkan situasi di Gaza sebagai "tragedi kemanusiaan yang mengerikan"

Bernama
Bernama
14/05/2025
10:10 MYT
Macron sifatkan situasi di Gaza sebagai "tragedi kemanusiaan yang mengerikan"
Dalam temu bual bersama saluran televisyen TF1, Macron dilihat tersentuh selepas menonton video seorang doktor kecemasan yang menggambarkan keadaan tragik di Gaza. - Foto REUTERS
PARIS: Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Selasa menyifatkan situasi di Semenanjung Gaza sebagai "tragedi kemanusiaan yang mengerikan dan tidak boleh diterima," dan menuntut agar ia segera dihentikan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA) yang memetik laporan media tempatan.
Dalam temu bual bersama saluran televisyen TF1, Macron dilihat tersentuh selepas menonton video seorang doktor kecemasan yang menggambarkan keadaan tragik di Gaza.
"Tiada air, tiada ubat, mangsa yang cedera tidak dapat dipindahkan: apa yang dilakukan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu adalah sesuatu yang memalukan," katanya.
Macron turut menggesa agar tekanan dikenakan ke atas Israel dan perjanjian perkongsian negara itu dengan Kesatuan Eropah disemak semula.
Ketika ditanya wartawan Gilles Bouleaux berhubung penggunaan istilah "pembunuhan beramai-ramai," Macron menegaskan bahawa beliau memilih untuk berwaspada: "Bukan peranan ahli politik untuk menggunakan istilah itu; ia harus ditentukan oleh ahli sejarah pada waktu yang sesuai."
Sementara itu, Duta Besar Perancis ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Jerome Bonnafont mengecam rancangan peluasan operasi Israel di Semenanjung Gaza, dengan menyatakan bahawa Perancis menolak mekanisme agihan bantuan yang dicadangkan oleh Israel dan menggesa agar halangan terhadap bekalan bantuan kemanusiaan serta kerja-kerja pasukan bantuan di Gaza segera dihentikan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#Presiden Perancis Emmanuel Macron
#tragedi kemanusiaan yang mengerikan
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan