DUNIA
Mahkamah Agung AS benarkan Trump teruskan pemberhentian tenaga kerja persekutuan

Mahkamah Agung AS membatalkan perintah mahkamah rendah yang menghalang pelan eksekutif Presiden Donald Trump (foto) untuk memberhentikan ratusan ribu pekerja persekutuan. -Gambar fail/Reuters
NEW YORK: Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) pada Selasa membatalkan perintah mahkamah rendah yang sebelum ini menghalang perintah eksekutif Presiden Donald Trump untuk mengarahkan agensi kerajaan memberhentikan ratusan ribu tenaga kerja persekutuan, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
- Mahkamah Agung AS membatalkan perintah mahkamah rendah yang menghalang pelan eksekutif Presiden Donald Trump untuk memberhentikan ratusan ribu pekerja persekutuan.
- Pelan pengurangan tenaga kerja dan penyusunan semula agensi kerajaan disokong oleh memorandum yang menyifatkan kerajaan persekutuan sebagai tidak cekap dan mahal.
- Keputusan ini membolehkan pentadbiran Trump merombak 21 agensi dan jabatan utama, termasuk Perdagangan, Kesihatan, Tenaga, Perbendaharaan dan Negara.
Pada Februari, Trump memperincikan pelan yang mengarahkan ketua agensi bersiap sedia untuk melaksanakan RIF.
Kemudian pada bulan yang sama, pentadbiran Trump mengeluarkan memorandum yang mendakwa kerajaan persekutuan adalah "mahal, tidak cekap dan dibebani hutang," serta menyalahkan ketidakcekapan itu kepada "program tidak produktif dan tidak perlu yang menguntungkan kumpulan berkepentingan radikal."
Memorandum itu mengarahkan ketua agensi menyerahkan pelan pemberhentian awal kepada Pejabat Pengurusan dan Belanjawan serta Pejabat Pengurusan Personel AS dua minggu kemudian.
"Keputusan ini, satu lagi kemenangan untuk Trump di Mahkamah Agung, membolehkan kerajaan memulakan langkah untuk merombak secara besar-besaran 21 agensi dan jabatan, termasuk Jabatan Perdagangan, Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia, Tenaga, Perbendaharaan dan Negara," lapor ABC News mengenai perkara itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami