WASHINGTON: Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) menyekat pelaksanaan syarat baharu bagi pengundian melalui pos yang sebelum ini ditetapkan oleh pentadbiran AS, menurut keputusan mahkamah, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Syarat baharu itu menetapkan senarai pengundi perlu diserahkan kepada Perkhidmatan Pos AS, yang kemudiannya perlu mengesahkan alamat penerima berdasarkan senarai berkenaan sebelum menghantar kertas undi. Selain itu, peraturan turut ditetapkan mengenai format sampul surat. Sebelum ini, Perkhidmatan Pos tidak dipertanggungjawabkan dengan fungsi berkenaan.
Menurut keputusan itu, Mahkamah Agung mengekalkan perintah mahkamah rendah yang menghalang penguatkuasaan peraturan berkenaan.
“Kerajaan berkemungkinan tidak akan berjaya berdasarkan merit dalam mencabar perintah injunksi awal Mahkamah Daerah,” menurut kenyataan itu.
Mahkamah rendah memutuskan bahawa Perkhidmatan Pos AS tidak mempunyai kuasa untuk menolak penghantaran kertas undi sekiranya pihak berkuasa negeri gagal mematuhi keperluan baharu untuk pendaftaran pengundi dan penyediaan penghantaran melalui pos.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI