awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Quick Share diperluas, Android bakal dapat sokongan AirDrop rentas platform
Xiaomi mula keluarkan Modular Camera System, pelancaran dijangka di MWC 2026
Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" selaras Perlembagaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah EU kekalkan sekatan ke atas Mazepin, "orang terdekat Putin"

Bernama
Bernama
08/11/2023
22:15 MYT
Mahkamah EU kekalkan sekatan ke atas Mazepin, "orang terdekat Putin"
Mahkamah Agung menolak rayuan Mazepin, dengan alasan bahawa langkah yang dikenakan ke atas ahli perniagaan itu berasas dan wajar. - Gambar hiasan/REUTERS
BRUSSELS: Mahkamah Kesatuan Eropah pada Rabu mengekalkan sekatan yang dikenakan ke atas ahli perniagaan Rusia Dmitry Arkadievich Mazepin, yang merayu terhadap pembekuan asetnya di kesatuan itu, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Aset Mazepin, pemilik dan ketua syarikat bahan kimia Uralchem, dibekukan dan beliau dilarang daripada memasuki atau transit melalui blok itu kerana hubungannya dengan Kremlin.
Beliau dikatakan hadir pada pertemuan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin bersama eksekutif Rusia yang lain pada Februari 2022 semasa peringkat awal pencerobohan skala penuh Ukraine oleh Moscow.
Bagi EU ini menunjukkan bahawa Mazepin "adalah orang terdekat Presiden Putin", tokoh perniagaan terkemuka Rusia yang menyokong dasar Rusia terhadap Ukraine, menurut kenyataan akhbar.
Mahkamah Agung menolak rayuan Mazepin, dengan alasan bahawa langkah yang dikenakan ke atas ahli perniagaan itu berasas dan wajar.
Mazepin boleh merayu terhadap keputusan itu di mahkamah tertinggi EU, Mahkamah Keadilan Eropah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dmitry Arkadievich Mazepin
#Kesatuan Eropah
#sekatan
#Vladimir Putin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan