awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Korea Selatan perintah pembebasan Presiden Yoon

Bernama
Bernama
07/03/2025
07:25 MYT
Mahkamah Korea Selatan perintah pembebasan Presiden Yoon
Yoon sebelum ini ditahan di pusat tahanan di Uiwang, selatan Seoul sejak 15 Jan lalu selepas disoal siasat atas tuduhan menghasut pemberontakan ekoran pengisytiharannya mengenai undang-undang tentera pada 3 Dis. - Gambar/ Reuters
SEOUL: Mahkamah di Korea Selatan mengarahkan pembebasan Presiden Yoon Suk Yeol pada Jumaat selepas menerima permohonannya untuk membatalkan penahanan berhubung pengisytiharan darurat tentera yang dilaksanakan dalam tempoh singkat, lapor Agensi Berita Yonhap.
Yoon sebelum ini ditahan di pusat tahanan di Uiwang, selatan Seoul sejak 15 Jan lalu selepas disoal siasat atas tuduhan menghasut pemberontakan ekoran pengisytiharannya mengenai undang-undang tentera pada 3 Dis.
Dengan keputusan itu, Yoon akan dibicarakan tanpa perlu menjalani tahanan fizikal.
Mahkamah Daerah Pusat Seoul mengumumkan keputusan itu kira-kira sebulan selepas pasukan pembelaannya mengemukakan permohonan pembatalan penahanan.
Mereka berhujah bahawa pendakwaan yang difailkan pada 26 Jan adalah tidak sah kerana dibuat sehari selepas tempoh tahanan Yoon tamat.
Menurut undang-undang, seorang suspek yang ditahan hanya boleh terus berada dalam tahanan jika pertuduhan difailkan dalam tempoh ditetapkan.
Bagaimanapun, pihak pendakwa bertegas pendakwaan dilakukan dalam tempoh yang dibenarkan, dengan menegaskan kod prosedur jenayah menetapkan tempoh dikira dalam hari, bukan jam dan minit seperti yang didakwa pasukan pembelaan Yoon.
Mahkamah menjelaskan bahawa tempoh tahanan perlu dikira mengikut jam, dan mendapati bahawa pendakwaan terhadapnya dibuat di luar had masa yang ditetapkan.
Pasukan pembelaan Yoon turut berhujah bahawa pengisytiharan undang-undang tentera oleh Presiden tidak boleh dikategorikan sebagai satu bentuk pemberontakan dan menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai risiko memusnahkan bukti.
Namun, pihak pendakwa menolak dakwaan itu dengan menyatakan bahawa risiko pemusnahan bukti masih tinggi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#presiden Yoon
#darurat
#kes mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan