awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendengaran rayuan Tun M ditangguh, pengurusan kes 6 Feb ini
JKDM lepasi sasaran kutipan, rekod RM76.18 bilion pada 2025
Juruaudit luar syarat baharu konsesi penyelenggaraan jalan - Nanta Linggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Perlembagaan lucut jawatan PM Thailand, Paetongtarn Shinawatra

Syaff Syukri
Syaff Syukri
29/08/2025
09:02 MYT
Mahkamah Perlembagaan lucut jawatan PM Thailand, Paetongtarn Shinawatra
Paetongtarn tersenyum ketika tiba di Mahkamah Perlembagaan di Bangkok pada Jumaat (Ogos 29, 2025). - fotoREUTERS/Athit Perawongmetha
MAHKAMAH Perlembagaan Thailand pada Jumaat menggugurkan Paetongtarn Shinawatra daripada jawatan Perdana Menteri selepas didapati bersalah melanggar etika, hanya setahun selepas beliau memegang tampuk kuasa.
Memetik Channel News Asia, keputusan itu memberi satu lagi tamparan hebat kepada dinasti politik Shinawatra, sekali gus dijangka mencetuskan gelombang ketidakstabilan baharu dalam landskap politik negara itu.
Paetongtarn sebelum ini telah digantung tugas sejak 1 Julai lalu.
Ini selepas Paetongtarn disabitkan kesalahan melanggar etika susulan pendedahan perbualan telefon bersama bekas pemimpin Kemboja, Hun Sen, ketika kedua-dua negara berada di ambang konflik bersenjata di sempadan, pada Jun lalu.
Menerusi satu kenyataan pada 1 Julai, mahkamah berkata ia menerima petisyen daripada 36 senator yang mendakwa Paetongtarn tidak jujur dan melanggar piawaian etika, sekali gus melanggar perlembagaan.
Kesemua hakim Mahkamah Perlembagaan bersetuju untuk menerima petisyen itu dan dengan undian 7-2, memutuskan untuk menggantung tugas Paetongtarn.
Sepanjang digantung tugas, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pengangkutan, Suriya Jungrungreangkit menjalankan tugas sebagai pemangku perdana menteri sementara mahkamah memutuskan status kes terhadap Paetongtarn.
Dalam perbualan telefon pada 15 Jun lalu bersama veteran politik Kemboja, Hun Sen, Paetongtarn dilaporkan membincangkan pertikaian sempadan yang sedang berlangsung.
Namun, beliau didakwa menyalahkan salah faham oleh pihak tenteranya sendiri dan merujuk seorang komander tentera Thailand yang berpangkalan di sempadan sebagai "pihak lawan."
Perbualan telefon bocor itu disahkan sebagai tulen oleh Hun Sen dan Paetongtarn.
Topic Berkaitan
#Paetongtarn Shinawatra
#isu Kemboja
#Hun Sen
#jawatan perdana menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan