DUNIA
Mahkamah Poland lanjutkan tempoh tahanan suspek Nord Stream

Pada 2022, saluran paip Nord Stream yang menyalurkan gas asli dari Rusia ke Eropah meletup dalam beberapa siri letupan di dasar Laut Baltik berhampiran Sweden dan Denmark. - Gambar fail/ Reuters
WARSAW: Mahkamah Daerah Warsaw pada Isnin melanjutkan tempoh tahanan prabicara terhadap suspek letupan paip gas Nord Stream selama 40 hari, lapor Agensi Berita Poland yang dipetik Xinhua.
Ringkasan AI
- Mahkamah Daerah Warsaw melanjutkan tempoh tahanan prabicara warga Ukraine, Volodymyr Z., selama 40 hari atas permintaan Jerman yang mengesyaki penglibatannya dalam siri letupan sabotaj terhadap saluran paip Nord Stream.
- Suspek ditahan di Pruszkow di bawah waran tangkap Eropah dan menafikan penglibatan dalam kejadian tersebut; mahkamah akan membuat keputusan mengenai ekstradisi dalam tempoh 100 hari.
- Letupan Nord Stream berlaku pada 26 September 2022 di dasar Laut Baltik berhampiran Sweden dan Denmark, dan disifatkan sebagai tindakan sabotaj oleh pihak berkuasa Eropah.
Lelaki berkenaan ditahan pada Selasa di Pruszkow, kira-kira 15 kilometer di barat Warsaw, di bawah waran tangkap Eropah yang dikeluarkan oleh mahkamah Jerman.
Mahkamah Daerah Warsaw pada Rabu lalu turut membenarkan permohonan pejabat pendakwa untuk menahan suspek selama tujuh hari.
Jurucakap Pejabat Pendakwa Daerah Warsaw, Piotr Antoni Skiba berkata mahkamah akan membuat keputusan mengenai kemungkinan ekstradisi suspek ke Jerman dalam tempoh 100 hari seperti yang ditetapkan undang-undang.
Pada 26 Sept 2022, saluran paip Nord Stream yang menyalurkan gas asli dari Rusia ke Eropah meletup dalam beberapa siri letupan di dasar Laut Baltik berhampiran Sweden dan Denmark.
Pihak berkuasa Sweden, Denmark dan Jerman sebelum ini menyifatkan kejadian itu sebagai satu tindakan sabotaj yang disengajakan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami