Mahkamah Rayuan AS tangguh pengehadan kuasa pegawai ICE

Mahkamah Rayuan Amerika Syarikat (AS) menangguhkan sementara injunksi mahkamah rendah yang mengehadkan kuasa ejen Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE). - Gambar fail/AP/Angelina Katsanis
WASHINGTON: Mahkamah Rayuan Amerika Syarikat (AS) menangguhkan sementara injunksi mahkamah rendah yang mengehadkan kuasa ejen Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE), menurut perintah penangguhan mahkamah, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Ringkasan AI
- Mahkamah Rayuan AS menangguhkan injunksi yang mengehadkan kuasa ejen ICE, membenarkan penggunaan semburan lada dan alat menyuraikan.
- Keputusan ini membenarkan ejen persekutuan untuk bertindak terhadap individu dalam protes aman tanpa sekatan.
- Kejadian seorang wanita ditembak oleh pegawai ICE semasa protes di Minnesota menimbulkan kontroversi terhadap tindakan pihak berkuasa Amerika Syarikat.
Januari lepas, seorang pegawai ICE menembak seorang wanita yang menurut pihak berkuasa, cuba melanggar ejen dengan sebuah kereta semasa protes di Minneapolis, Minnesota.
Pegawai itu mengalami pendarahan dalaman pada bahagian badannya selepas kejadian itu, lapor CBS News pada Rabu, memetik pegawai AS.
Pada hari pelantikannya sebagai presiden ke-47, Trump berikrar untuk menghentikan kemasukan pendatang haram serta-merta dan melancarkan pengusiran besar-besaran dari AS. Beliau juga mengisytiharkan darurat di seluruh negara untuk menangani krisis sempadan AS.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


