awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah tertinggi Brazil ancam gantung operasi X di negara itu

Agensi
Agensi
29/08/2024
02:00 MYT
Mahkamah tertinggi Brazil ancam gantung operasi X di negara itu
Hakim Mahkamah Agung Brazil mengarahkan bilionair Elon Musk untuk menamakan seorang wakil undang-undang bagi platform pemesejan X di Brazil dalam tempoh 24 jam atau menghadapi penggantungan operasi di negara tersebut.
BRASILIA: Hakim Mahkamah Agung Brazil, Alexandre de Moraes pada Rabu mengarahkan bilionair Elon Musk untuk menamakan seorang wakil undang-undang bagi platform pemesejan X di Brazil dalam tempoh 24 jam atau menghadapi penggantungan operasi di negara tersebut, menurut keputusan mahkamah.
Pada awal bulan ini, X mengumumkan bahawa mereka akan menutup operasi dan memberhentikan kakitangannya di Brazil disebabkan apa yang disebut sebagai "arahan penapisan" daripada Moraes, sambil menambah perkhidmatan syarikat itu akan tetap tersedia untuk pengguna di Brazil.
Mahkamah Agung menyiarkan tangkapan skrin keputusan mahkamah pada Rabu di akaun X mereka serta menandakan akaun Musk dan Hal Ehwal Kerajaan Global X.
X tidak segera memberi respons terhadap permintaan untuk komen yang dihantar di luar waktu bekerja.
Dalam keputusan itu, Moraes berkata, di bawah undang-undang negara yang mengawal isu internet, syarikat-syarikat yang tidak mematuhi undang-undang Brazil atau kerahsiaan maklumat peribadi boleh dikenakan penggantungan sementara terhadap aktiviti mereka.
Topic Berkaitan
#X
#Elon Musk
#Brazil ancam X
#gantung operasi X
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan