awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah tertinggi Colorado putuskan gajah-gajah di zoo AS bukan manusia

Bernama
Bernama
22/01/2025
12:24 MYT
Mahkamah tertinggi Colorado putuskan gajah-gajah di zoo AS bukan manusia
Kimba (depan) dan Lucky do Zoo Colorado Springs. Menurut Mahkamah, habeas corpus tidak terpakai kepada haiwan, "tidak kira betapa canggih kognitif, psikologi atau sosial haiwan itu". - AP
WASHINGTON: Mahkamah tertinggi Colorado memutuskan pada Selasa, lima gajah di sebuah zoo di Amerika Syarikat bukan manusia dan oleh itu, tidak memiliki hak seperti manusia untuk dibebaskan dari Zoo Cheyenne Mountain, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Mahkamah Agung Colorado mendapati gajah yang diberi nama Missy, Kimba, Lucky, LouLou dan Jambo sebagai haiwan dan bukan manusia, tidak berhak kepada "habeas corpus", satu konsep undang-undang yang membolehkan manusia menuntut penahanan yang tidak sah di mahkamah dan meminta pembebasan.
Habeas corpus tidak terpakai kepada haiwan, "tidak kira betapa canggih kognitif, psikologi atau sosial haiwan itu," menurut keputusan mahkamah berkenaan.
Projek Bukan Hak Asasi Manusia (NRP), yang membawa kes itu dalam satu kenyataan menyifatkan keputusan mahkamah itu sebagai "mengekalkan ketidakadilan yang jelas".
NRP berhujah, gajah-gajah yang dilahirkan secara liar di Afrika berhak kepada kebebasan kerana haiwan itu adalah makhluk yang autonomi, sangat cerdas secara kognitif dan sosial.
NRP mahu kesemua mamalia itu dibebaskan ke sebuah tempat perlindungan gajah yang diiktiraf di AS.
"Seperti gerakan keadilan sosial yang lain, kekalahan sudah dijangka dari awal apabila kami mencabar status quo yang membenarkan Missy, Kimba, Lucky, LouLou dan Jambo dikeluarkan daripada kehidupan yang penuh dengan penderitaan mental dan fizikal," kata NRP.
Zoo turut menolak sebarang ulasan yang gajah-gajah itu "mendapat penjagaan yang kurang baik," menurut keputusan mahkamah itu lagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mahkamah
#Colorado
#gajah
#hak haiwan
#pembebasan gajah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan