awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OIC, negara Islam kecam pelanggaran gencatan senjata oleh Israel di Gaza
MAIPs salur sumbangan RM150,000 bantu mangsa banjir di Aceh
Anwar harap Zoo Johor terus diperkasakan sebagai pusat rekreasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah tertinggi Thailand arah bekas PM Thaksin jalani hukuman penjara setahun

Bernama
Bernama
09/09/2025
12:53 MYT
Mahkamah tertinggi Thailand arah bekas PM Thaksin jalani hukuman penjara setahun
Setelah kembali ke Thailand pada 2023, Thaksin segera dibicarakan, disabitkan kesalahan rasuah serta salah guna kuasa sepanjang pentadbirannya. - Reuters
ISTANBUL: Mahkamah Agung Thailand pada Selasa mengarahkan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra menjalani hukuman penjara setahun berhubung sabitan rasuah dan salah guna kuasa, lapor Anadolu Ajansi yang memetik Perkhidmatan Penyiaran Awam Thailand.
Thaksin digulingkan melalui rampasan kuasa tentera pada 2006 dan hidup dalam buangan sendiri, kebanyakannya di Dubai selama beberapa tahun.
Selepas kembali ke Thailand pada 2023, beliau segera dibicarakan, disabitkan kesalahan rasuah serta salah guna kuasa sepanjang pentadbirannya dan dijatuhi hukuman penjara lapan tahun.
Bagaimanapun, selepas Thaksin memohon pengampunan diraja, Raja Thailand Raja Maha Vajiralongkorn berkenan mengurangkan hukuman itu kepada setahun. Namun, beliau berada di penjara kurang daripada sehari sebelum dipindahkan ke Police General Hospital berikutan masalah kesihatan.
Beliau berada di hospital selama enam bulan sebelum diberikan parol dan pulang ke rumahnya di Bangkok.
Isu perundangan terbaharu itu berkisar mengenai kesahihan pemindahannya ke hospital dan sama ada masalah kesihatannya benar-benar sahih.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thaksin Shinawatra
#hukuman penjara
#mahkamah agung thailand
#politik thailand
#salah guna kuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan