awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sebuah lagi PPS dibuka di Segamat, mangsa banjir di Johor kini 148 orang
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
Fury Redemption: Ez Ghazali atasi jaguh Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis Liga Arab adakan sesi luar biasa mengenai perkembangan terkini di Somalia

Bernama
Bernama
28/12/2025
21:15 MYT
Majlis Liga Arab adakan sesi luar biasa mengenai perkembangan terkini di Somalia
Mesyuarat luar biasa Majlis Liga Arab pada Ahad menegaskan semula penolakan mutlak terhadap sebarang langkah atau keputusan unilateral yang boleh menjejaskan kedaulatan dan keutuhan wilayah Somalia. - Foto Majlis Liga Arab
KAHERAH: Majlis Liga Arab pada Ahad memulakan sesi luar biasa atas permintaan Somalia dan dengan sokongan negara-negara anggota Liga Arab di ibu pejabat Sekretariat Agung Liga itu di sini, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Sesi yang diadakan di peringkat wakil tetap dan dipengerusikan oleh Emiriah Arab Bersatu itu diadakan bagi membincangkan perkembangan berkaitan pengumuman pihak berkuasa pendudukan Israel mengenai pengiktirafan bersama dengan wilayah Somaliland.
Delegasi Kerajaan Arab Saudi ke mesyuarat itu diketuai oleh Wakil Tetapnya ke Liga Arab, Abdulaziz bin Abdullah Al-Matar.
Mesyuarat berkenaan membincangkan langkah-langkah bagi memperkukuh pendirian bersama negara-negara Arab dalam menangani langkah berkenaan, mengesahkan solidariti penuh terhadap Somalia serta menyokong institusi sah negara itu dalam usaha menyumbang kepada pemeliharaan keselamatan dan kestabilan rantau berkenaan.
Mesyuarat itu turut menegaskan semula penolakan mutlak Liga Arab terhadap sebarang langkah atau keputusan unilateral yang boleh menjejaskan kedaulatan dan keutuhan wilayah Somalia, selain menekankan komitmen terhadap prinsip undang-undang antarabangsa serta resolusi berkaitan Liga Arab dan Kesatuan Afrika.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Somalia
#Somaliland
#Israel
#Liga Arab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan