awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majlis pemahkotaan Raja Vajiralongkorn

Dr Azlinariah Abdullah
Dr Azlinariah Abdullah
03/05/2019
22:33 MYT
Majlis pemahkotaan Raja Vajiralongkorn
Beberapa sami dilihat di hadapan Istana Besar sebelum Majlis Pemahkotaan Raja Maja Vajiralongkorn. - Foto AP/Wasan Wanichakorn
BERMULA hari ini hingga Isnin, lautan manusia berbaju kuning akan menjadi pemandangan biasa di Thailand.
Ini kerana, negara gajah putih itu akan menyaksikan Majlis Pemahkotaan Raja Maja Vajiralongkorn sebagai Raja Thailand yang baharu dengan gelaran Raja Rama Kesepuluh.
Sejak lebih tujuh dekad, rakyat Thailand tidak menyaksikan upacara itu selepas kematian bapanya Bhumibol Adulyadej pada Oktober 2016.
Adulyadej memerintah Thailand selama 70 tahun.
Berpesta dalam istiadat itu, bingkai gambar Vajiralongkorn dapat dilihat digantung di mana-mana pejabat dan sepanjang jalan raya.
Bendera hiasan berwarna kuning dan pintu gerbang dengan simbol kerajaan didirikan sekitar jalan raya dan bangunan di seluruh negara sempena majlis pemahkotaan itu.
Upacara ritual bagi pemahkotaan sudah bermula sejak 6 April.
200,000 orang dijangka membanjiri Bangkok pada hujung minggu ini bagi menyaksikan majlis pemahkotaan itu
200,000 orang dijangka membanjiri Bangkok pada hujung minggu ini bagi menyaksikan majlis pemahkotaan itu
Ia akan berlanjutan dengan upacara pemahkotaan selama tiga hari di Bangkok pada Sabtu, di tempat yang sama di mana majlis pemahkotaan pertama diadakan pada 1950.
BACA: Thailand isytihar Suthida sebagai Permaisuri
BACA: Raja Thailand beri pengampunan kepada banduan
Vajiralongkorn akan dimahkotakan pada Sabtu dan diusung dengan tandu dalam perarakan diraja mengelilingi Bangkok bagi membolehkan rakyat jelata memberi penghormatan.
Pada 6 Mei, yang merupakan cuti umum seluruh negara, Vajilalongkorn akan menerima menghadap rakyat jelata di Istana Besar serta majlis pertemuan dengan perwakilan asing.
Upacara pemahkotaan diraja merupakan suatu amalan tradisi kuno yang dilakukan sejak zaman Sukhothai bagi menyempurnakan istiadat pemahkotaan setiap raja Thailand.
Ia gabungan adat hindu, atau brahmin dan ritual buddha.
Bendera hiasan berwarna kuning dan pintu gerbang dengan simbol kerajaan didirikan sekitar jalan raya dan bangunan di seluruh negara sempena majlis pemahkotaan itu.
Bendera hiasan berwarna kuning dan pintu gerbang dengan simbol kerajaan didirikan sekitar jalan raya dan bangunan di seluruh negara sempena majlis pemahkotaan itu.
Istiadat akhir bagi pemahkotaan Raja Rama Kesepuluh ialah perarakan tongkang diraja yang akan diadakan pada Oktober.
200,000 orang dijangka membanjiri Bangkok pada hujung minggu ini bagi menyaksikan majlis pemahkotaan itu.
Topic Berkaitan
#Bhumibol Adulyadej
#Maja Vajiralongkorn
#RAJA
#Raja Rama Kesepuluh
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan