awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia Airlines lancar penerbangan baharu ke Kertajati Indonesia

Bernama
Bernama
25/09/2023
13:43 MYT
Malaysia Airlines lancar penerbangan baharu ke Kertajati Indonesia
Penerbangan dua kali seminggu itu akan menggunakan pesawat Boeing 737-800NG bagi memudahkan lagi pelancong untuk meneroka Bandung dan lebih banyak bandar lain di Jawa Barat. - Gambar fail/Bernama
JAKARTA: Malaysia Airlines memperluaskan rangkaiannya di Indonesia dengan memperkenalkan penerbangan terus baharu terus dari Kuala Lumpur ke Kertajati bermula 30 Oktober ini.
Penerbangan dua kali seminggu itu akan menggunakan pesawat Boeing 737-800NG bagi memudahkan lagi pelancong untuk meneroka Bandung dan lebih banyak bandar lain di Jawa Barat.
Syarikat penerbangan tersebut dalam satu kenyataan hari ini berkata rangkaian baharu itu akan menawarkan penerbangan terus ke tujuh bandar di Indonesia termasuk Jakarta, Denpasar, Medan, Yogyakarta, Pekanbaru dan Surabaya.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group Ahmad Luqman Mohd Azmi berkata sebagai satu daripada lima pasaran terbesar bagi Malaysia Airlines, penambahan Kertajati ke dalam rangkaiannya akan memberi keselesaan kepada pelancong, meningkatkan pelancongan dan mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
"Ketika permintaan perjalanan global terus mengukuh, kami melihat sambutan positif bagi laluan Indonesia kami setakat ini dengan purata faktor muatan pada 80 peratus," katanya.
Syarikat penerbangan itu menawarkan tambang pengenalan untuk masa terhad bermula hari ini hingga 8 Okt bagi perjalanan bermula 3 Okt hingga 29 Mac tahun depan dengan tambang bermula daripada RM519 pergi balik melalui Kelas Ekonomi dan daripada RM1,969 pergi balik menerusi Kelas Perniagaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hubungan dua hala
#penerbangan terus
#keselesaan kepada pelancong
#masa terhad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan