awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia gesa pelaku serangan bersenjata di Tehran segera di ke muka pengadilan

Astro Awani
Astro Awani
28/01/2023
13:13 MYT
Malaysia gesa pelaku serangan bersenjata di Tehran segera di ke muka pengadilan
Wisma Putra menegaskan Malaysia mengutuk sekeras-keras serangan tersebut dan mengulangi pendirian tegas menolak sebarang tindakan keganasan apa juga bentuk. - Foto REUTERS
KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa agar pelaku serangan bersenjata di Kedutaan Republik Azerbaijan di Tehran pada 27 Januari segera dibawa ke muka pengadilan.
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Wisma Putra menegaskan bahawa Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan tersebut dan mengulangi pendirian tegas menolak sebarang tindakan keganasan dalam apa juga bentuk.
"Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa dan pihak keluarga perbuatan jenayah ini dan kepada Kerajaan dan rakyat Republik Azerbaijan.
"Kedutaan Malaysia di Tehran sedang memantau dengan teliti perkembangan dan secara aktif berhubung dengan pihak berkuasa tempatan untuk kemas kini keselamatan terkini," kata kenyataan tersebut.
Serangan bersenjata berlaku di Kedutaan Republik Azerbaijan di Tehran ketika Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi mengadakan lawatan rasmi ke Azerbaijan untuk mengukuhkan hubungan.
Seorang penyerang bersenjata dilaporkan menyerbu kedutaan dengan senjata automatik menyebabkan ketua perkhidmatan keselamatan kedutaan terbunuh manakala dua pengawal lagi cedera.
Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi waktu tempatan apabila lelaki bersenjata itu melepaskan tembakan ke arah pos pengawal kedutaan di utara Tehran.
Pasukan keselamatan segera menahan penyerang itu, kata Ketua Polis Tehran Hossein Rahimi kepada pemberita.
Topic Berkaitan
#Malaysia
#serangan bersenjata
#Kedutaan Republik Azerbaijan
#pengadilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan