awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia hargai usaha Turkiye perjuangkan penyelesaian adil untuk Palestin - PM

Bernama
Bernama
24/07/2025
13:00 MYT
Malaysia hargai usaha Turkiye perjuangkan penyelesaian adil untuk Palestin - PM
Anwar memaklumkan dalam perbualan bersama Erdogan, beliau turut bertukar-tukar pandangan dan membincangkan beberapa perkembangan semasa yang berkepentingan bersama antara kedua-dua negara. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Malaysia menyokong penuh usaha Turkiye dalam membawa suara umat yang tertindas ke peringkat antarabangsa serta memperjuangkan penyelesaian adil dan berkekalan untuk rakyat Palestin.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah menghubungi Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan hari ini dan menyampaikan penghargaan atas pendirian konsisten serta tegas pemimpin itu dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin selain menyeru kepada gencatan senjata segera di Gaza.
"Malaysia dan Turkiye berkongsi aspirasi yang sama dalam memperjuangkan keamanan sejagat dan memperkukuh solidariti umat sejagat melalui tindakan diplomasi, bantuan kemanusiaan serta usaha penyelesaian konflik secara aman," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Anwar memaklumkan dalam perbualan bersama Erdogan, beliau turut bertukar-tukar pandangan dan membincangkan beberapa perkembangan semasa yang berkepentingan bersama antara kedua-dua negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bantuan kemanusiaan
#Facebook
#gencatan senjata
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan