Skip to main content

Dunia

Malaysia kemuka pencalonan rasmi kembali anggotai Majlis Keselamatan PBB

CEBU (Filipina), 7 Mei -- Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan ketika ditemui pengamal media Malaysia semasa hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 dan Sidang Kemuncak Berkaitan hari ini._BERNAMA
Mohamad akan menegaskan pendirian Malaysia ketika menyampaikan Kenyataan Negara pada sesi Debat Umum Perhimpunan Agung PBB ke-81 di New York pada September ini. - Gambar fail
Advertisement

KUALA LUMPUR: Malaysia secara rasminya telah mengemukakan pencalonan untuk kembali menganggotai Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai Anggota Tidak Tetap bagi penggal 2036 hingga 2037.

Timbalan Menteri Luar Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata Malaysia akan terus menjadikan agenda reformasi Majlis Keselamatan PBB, termasuk pemansuhan kuasa veto serta isu keamanan dan keselamatan sejagat sebagai antara keutamaan dasar luar negara.

Beliau berkata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan menegaskan pendirian Malaysia ketika menyampaikan Kenyataan Negara pada sesi Debat Umum Perhimpunan Agung PBB ke-81 di New York pada September ini.

“Pendirian Malaysia adalah jelas bahawa kuasa veto tidak adil dan perlu dimansuhkan. Paling tidak, penggunaan kuasa veto mesti dimansuhkan dalam kes pencabulan undang-undang antarabangsa melibatkan jenayah berat seperti jenayah perang, genosid, jenayah terhadap kemanusiaan serta pemusnahan infrastruktur awam secara sengaja seperti yang berlaku di Gaza.

“Agenda Reformasi Majlis Keselamatan PBB dan isu keselamatan serta keamanan sejagat akan terus menjadi satu keutamaan dalam dasar luar negeri Malaysia,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali (BN-Pekan) yang ingin tahu pendirian Malaysia terhadap ketidakseimbangan kuasa veto oleh kuasa besar dunia dalam Majlis Keselamatan PBB pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

 

 

Must Watch Video

Advertisement