KUALA LUMPUR: Malaysia yang menyertai Perhimpunan Kesatuan Antara Parlimen (IPU) kali ke-147 di Angola, mencadangkan resolusi mengenai nasib rakyat Palestin dan konflik berterusan Palestin-Israel.
Delegasi Malaysia ke perhimpunan yang berlangsung di Luanda, ibu negara Angola dari 23 hingga 27 Okt itu diketuai Senator Datuk Seri Zurainah Musa.
Turut sama ialah Anggota Parlimen (MP) Bayan Baru Sim Tze Tzin, MP Jerlun Dr Abd Ghani Ahmad dan Pemangku Pesuruhjaya Tinggi ke Namibia Datuk Mohamad Rameez Yahaya.
Resolusi bertajuk "Multifaceted Approach to the Question of Palestine: Parliamentary diplomacy and Sustainable Development Goal (SDG) 16" antara lain menggesa gencatan senjata dan menamatkan keganasan, menurut kenyataan setiausaha kepada Delegasi Parlimen Malaysia, Nurul Fadhilah Ibharim.
Empat draf resolusi dibentangkan pada perhimpunan itu, termasuk konflik di Gaza - menghentikan perang dan pelanggaran hak asasi manusia di Gaza oleh Algeria, Kuwait (yang mewakili Liga Arab) bersama Iran, Indonesia dan Afrika Selatan, serta draf resolusi Kanada.
Draf resolusi keempat membabitkan Islamofobia oleh Pakistan.
Bagaimanapun, Malaysia dan Pakistan menarik resolusi masing-masing bagi memberi laluan kepada resolusi yang dikemukakan oleh Liga Arab.
Resolusi yang dicadangkan memerlukan sokongan sekurang-kurangnya dua pertiga undi sebelum diputuskan sebagai 'emergency item'.
Selepas undian, resolusi oleh Liga Arab dan Kanada gagal memperoleh undi yang mencukupi, sekali gus tidak diterima pakai.
Menurut kenyataan itu, berdasarkan corak pengundian menyaksikan negara anggota terbahagi kepada dua iaitu Barat dan Timur.
Lebih 5,795 rakyat Palestin terbunuh dan 18,000 lagi cedera akibat serangan rejim Israel di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat sejak 7 Okt.
Sementara itu, Zurainah ketika menyampaikan kenyataannya, beliau menggesa semua MP mengetepikan perbezaan dan bekerjasama untuk menghentikan malapetaka kemanusiaan di Gaza.
Beliau turut mencadangkan penubuhan Jawatankuasa IPU yang khusus untuk memantau rapat situasi berkenaan dan menyediakan laporan berkala.
"Kita tidak seharusnya bersikap berat sebelah dan tidak adil apabila bercakap mengenai isu mempertahankan diri. Draf resolusi kami menggambarkan keperluan masyarakat antarabangsa untuk bersatu memerangi pencerobohan dan jenayah terhadap kemanusiaan.
"Resolusi kami seimbang dan adil - untuk mencapai keamanan berkekalan dan menamatkan konflik kami mencadangkan penyelesaian dua negara antara Palestine dan Israel, dengan Al Quds sebagai ibu negara Palestin yang merdeka...," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 25 2023
Delegasi Malaysia ke perhimpunan yang berlangsung di Luanda, ibu negara Angola dari 23 hingga 27 Okt itu diketuai Senator Datuk Seri Zurainah Musa.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
Qatar masih komited sebagai perantara dalam rundingan gencatan senjata di Gaza
Qatar masih komited untuk menjadi orang tengah antara Hamas dan Israel untuk mencapai satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah yang bakal memburukkan keadaan
Sejak Oktober tahun lepas, tentera Israel telah membunuh 34,183 warga Palestin dan mencederakan lebih 77,000 yang lain.
Bayi di Gaza diselamatkan dari rahim ibu yang syahid dalam serangan Israel
Bayi perempuan seberat 1.4 kilogram itu dilahirkan melalui proses pembedahan C-section itu berada dalam keadaan stabil.
Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh lawat Turki hujung minggu ini - Erdogan
Presiden Turki akan menjadi tuan rumah kepada pemimpin kanan Hamas itu.
Lebih 14,000 kanak-kanak dibunuh di Gaza, Israel telah mengalahkan Hitler - Presiden Turki
Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai yang merupakan aib dalam sejarah manusia, baik di Gaza dan Tebing Barat, tegas Erdogan.
1.7 juta penduduk hilang tempat tinggal di Semenanjung Gaza, kata PBB
Kira-kira 1.7 juta rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal secara paksa di Semenanjung Gaza akibat pencerobohan Israel.
Cucu pemimpin Hamas yang cedera dalam serangan Israel meninggal dunia
Malak Haniyeh, cucu perempuan kepada Ismail Haniyeh meninggal dunia pada Isnin selepas mengalami kecederaan dalam serangan Israel.
Pembunuhan anak pemimpin Hamas tiada kaitan dengan gencatan senjata, rundingan tebusan, kata Israel
Pegawai Israel nafi dakwaan pembunuhan tiga anak Ismail Haniyeh berkait rapat dengan rundingan gencatan senjata dan perjanjian tebusan.
Tiga anak, tiga cucu pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh maut dalam serangan udara Israel
Kesemua mangsa terkorban ketika menaiki kereta untuk melawat saudara mara mereka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.