awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
Op Sapu: Imigresen tahan 10 warga China di Labuan
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia kutuk serangan pengebom bunuh diri di Yaman

Bernama
Bernama
19/12/2016
14:57 MYT
Malaysia kutuk serangan pengebom bunuh diri di Yaman
Malaysia mengutuk serangan pengebom bunuh diri di luar kem tentera daerah Khor Maksar, Aden, Yaman semalam. - Gambar fail
Malaysia mengutuk serangan pengebom bunuh diri di luar kem tentera daerah Khor Maksar, Aden, Yaman semalam.
Wisma Putra dalam kenyataannya berkata serangan yang mengorbankan 52 orang dan mencederakan 84 yang lain itu adalah tindakan kejam dan berharap pihak yang bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan.
Malaysia juga merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan dan rakyat Yaman serta keluarga mangsa yang terlibat dalam serangan berkenaan.
Menurut kenyataan itu, kementerian melalui Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman akan terus memantau keadaan di Yaman dari semasa ke semasa.
Dalam insiden itu, seorang pengebom bunuh diri dilaporkan telah meletupkan dirinya di luar sebuah kem tentera, menyebabkan 52 anggota tentera terbunuh.
Menurut laporan itu, serangan berlaku ketika anggota tentera beratur untuk mengambil gaji. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aden
#Muscat
#Wisma Putra
#Yaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan