ASTANA: Malaysia menyifatkan Kazakhstan sebagai rakan strategik dalam membina hubungan rapat antara Asia Tengah dan Asia Tenggara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Pada masa sama, beliau mempelawa syarikat dari Kazakhstan supaya menggunakan Malaysia sebagai pangkalan untuk berkembang di peringkat global, memanfaatkan kedudukan strategik negara sebagai pintu masuk ke Asean.
Beliau berkata Kazakhstan bukan sahaja menjadi rakan dagang utama Malaysia dalam kalangan negara Asia Tengah selama bertahun-tahun malah juga kedua-dua negara berkongsi nilai dan dedikasi bersama terhadap pembaharuan institusi untuk meningkatkan daya saing dan daya tahan ekonomi.
Model baharu ekonomi oleh Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev yang berasaskan prinsip keadilan, terangkum dan pragmatisme menekankan peranan penting sektor pembuatan dalam mencapai ekonomi mampu diri di samping mencerminkan komitmen negara terhadap transformasi sosioekonomi yang ketara dan menyeluruh, katanya.
"Malaysia berminat bekerjasama dengan Kazakhstan dalam usaha anda untuk mentransformasikan ekonomi melalui perkongsian pengalaman kami, kerjasama perindustrian, pelaburan baharu oleh syarikat Malaysia dalam bidang strategik di Kazakhstan serta memperkukuh hubungan perdagangan antara negara kita.
"Pada masa sama, saya akan menggalakkan ketua perniagaan kami untuk meneroka peluang kerjasama sama ada di Kazakhstan atau di Malaysia," katanya ketika berucap pada sesi Meja Bulat Pelaburan Kazakhstan-Malaysia di sini, pada Jumaat.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatan di Kazakhstan Olzhas Bektenov hadir pada sesi itu.
Tengku Zafrul berkata Malaysia dan Kazakhstan telah menubuhkan Jawatankuasa Perdagangan Bersama (JTC) manakala JTC terakhir yang dihoskan oleh Malaysia pada 2017 telah bersetuju untuk memudahkan kerjasama yang lebih erat dalam bidang industri halal, kewangan Islam, pelancongan, tenaga boleh baharu, minyak dan gas, serta kerjasama pelaburan.
"Saya menantikan mesyuarat JTC seterusnya untuk menetapkan hala tuju bagi agenda kerjasama kita," katanya.
Anwar tiba di sini semalam untuk lawatan rasmi dua hari ke Kazakhstan dalam usaha mengukuhkan lagi hubungan serta kerjasama antara kedua-dua negara.
Turut mengiringi beliau ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar serta pegawai kanan pelbagai kementerian dan agensi.
Kazakhstan, negara kesembilan terbesar di dunia, mempunyai jumlah penduduk kira-kira 20 juta orang dan lebih 70 peratus daripadanya beragama Islam.
Negara ini bersempadan dengan Rusia di sebelah utara, Laut Kaspia di bahagian barat daya serta dengan Turkmenistan, Uzbekistan dan Republik Kyrgyz di selatan manakala China di sebelah timur.
Eksport utama Astana ialah minyak, diikuti oleh gas asli dan komoditi lain. Ia juga pengeluar gandum utama.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 17 2024
Malaysia menyifatkan Kazakhstan sebagai rakan strategik dalam membina hubungan rapat antara Asia Tengah dan Asia Tenggara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. - Gambar fail/BERNAMA
Bajet MAIWP 2025: Anggaran pendapatan naik kepada RM1.67 bilion, pembangunan ummah teras utama - Na'im
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.
Batu Puteh: Kerajaan cadang nyah sulit laporan akhir Pasukan Petugas Khas - Fahmi
Peguam Negara dicadang mempertimbang untuk menyahsulitkan laporan akhir Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Pengerusi Petronas Chemicals Group Datuk Abdul Rahim Hashim akan letak jawatan
Pengerusi Petronas Chemicals Group Bhd Datuk Ir Abdul Rahim Hashim akan meletakkan jawatannya berkuat kuasa 1 Jan, 2025.
Kekayaan Musk dianggarkan melebihi AS$400 bilion
Kekayaan Musk sebahagian besarnya terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik Tesla dan syarikat aeroangkasa SpaceX.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugur pertuduhan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi untuk mengugurkan pertuduhan mengedar dadah dan memiliki dua pistol tiruan yang dihadapinya.
Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
[TERKINI] Pelajar Malaysia di Syria selamat dan kuliah bermula esok
Ini perkembangan di Syria, daripada Konsul Kehormat Malaysia di Damascus, Syria.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
Polis kesan wanita dakwa akan langsung perkahwinan bersama Tengku Hassanal
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Unjuran 2025: KDNK Malaysia berkembang 4.6 peratus, FBM KLCI capai 1,800 mata - MIDF Research
MIDF Research menjangkakan Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia akan berkembang pada kadar 4.6 peratus pada tahun 2025.
FTA Malaysia-Korea Selatan dijangka dimuktamad tahun depan jika tidak terjejas krisis politik
Perjanjian FTA antara Malaysia dan Korea Selatan dijangka dimuktamadkan tahun depan, tertakluk kepada kestabilan politik di Korea Selatan.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.
Banjir: Malaysia terima bantuan kemanusiaan daripada Pakistan
Pesawat kargo khas dari Pakistan yang membawa sumbangan banjir peringkat pertama untuk rakyat Malaysia, selamat mendarat di Terminal MASKargo kira-kira 4.30 petang tadi.
Malaysia, Brunei terus perkukuh hubungan dan kerjasama
Malaysia dan Brunei terus memperkukuh hubungan serta kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.
Malaysia pantau rapat situasi di Syria, utamakan keselamatan rakyat
Malaysia memantau secara rapat perkembangan situasi di Syria serta potensi implikasinya terhadap kestabilan serantau.