Skip to main content

Dunia

UNESCO sahkan Beijing sebagai "Ibu Kota Seni Bina Dunia" 2029

41646127027_BeijingGeneric.jpg
Jawatankuasa UNESCO menilai bahawa Beijing berjaya menggabungkan antara warisan seni bina terkaya di dunia dengan konsep pembangunan bandar mampan yang berpandangan ke hadapan. - Gambar fail/hiasan
Advertisement

PARIS: Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada Rabu mengumumkan bahawa Beijing secara rasmi diiktiraf sebagai "Ibu Kota Seni Bina Dunia" UNESCO-Kesatuan Arkitek Antarabangsa (UIA) bagi tahun 2029.

Jawatankuasa UNESCO menilai bahawa Beijing berjaya menggabungkan antara warisan seni bina terkaya di dunia dengan konsep pembangunan bandar mampan yang berpandangan ke hadapan.

Usaha pemeliharaan kawasan bersejarah, pembaharuan bandar dan budaya seni bina di Beijing mencerminkan sinergi antara warisan budaya, inovasi dan pembangunan komuniti.

Sepanjang 2029, Beijing dijadual menganjurkan pelbagai pameran, persidangan, program pendidikan dan aktiviti awam bertemakan "Kembali Kepada Keseimbangan" (Back To Balance).

Bandar raya itu juga akan menjadi tuan rumah Kongres Seni Bina Dunia UIA yang memberi tumpuan kepada pertukaran pandangan antarabangsa mengenai peranan seni bina dalam memelihara warisan budaya, menggalakkan keharmonian antara manusia dan alam semula jadi serta menyokong pembangunan bandar yang mampan.

Pemilihan "Ibu Kota Seni Bina Dunia" diperkenalkan bersama oleh UNESCO dan UIA pada 2019 serta diadakan setiap tiga tahun sekali.

Sebelum ini, Rio de Janeiro (2020), Copenhagen (2023) dan Barcelona (2026) pernah dipilih sebagai "Ibu Kota Seni Bina Dunia".

-- BERNAMA-CMG

Must Watch Video

Advertisement