ANTAKYA: Lebih 689,000 daripada kira-kira tiga juta penduduk hilang tempatan tinggal, setahun selepas gempa berkekuatan 7.8 skala Richter meranapkan sebahagian besar kawasan selatan Turki.
Lokasi bencana dahsyat itu kini bertukar menjadi 'bandar kontena'.
Dianggarkan seramai 1,200 penduduk mendiami 300 kontena berukuran kira-kira 21 meter persegi yang turut dilengkapi ruang mandi dan tandas kecil di lokasi dimiliki syarikat tekstil di bandar Besni, wilayah tenggara Adiyaman.
Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD), mereka menyediakan beberapa kelengkapan penting seperti peti sejuk, sistem penyaman udara dan pemanas untuk setiap keluarga.
Sementara itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Hayata Destek menyifatkan 'komuniti kontena' itu sememangnya bernasib baik memandangkan sebahagian penduduk di Adiyaman masih terdedah dengan air tercemar selain kontena yang didiami mereka tidak memberi perlindungan sepenuhnya daripada hujan dan cuaca sejuk.
Selain itu, kebanyakan penduduk yang hilang tempat tinggal akibat bencana itu terpaksa berlindung di bawah khemah atau bangunan separa rosak di Adiyaman.
Di lokasi 'bandar kontena' di Besni, ruang yang terhad menyukarkan komuniti tersebut untuk menjalankan aktiviti seharian, namun tiada prospek yang membolehkan mereka berpindah ke kawasan lain dalam masa terdekat.
Difahamkan, pemilik hartanah yang musnah biasanya layak mendapatkan rumah untuk mangsa gempa yang disediakan oleh agensi perumahan disokong kerajaan iaitu TOKI.Namun, ia agak sukar memandangkan kebanyakan penduduk hanyalah penyewa sebelum ini.
Di tengah-tengah kemusnahan berskala besar di wilayah terbabit, kadar sewa juga telah melonjak kepada kira-kira 300 peratus berikutan lokasi itu dinilai berisiko tinggi dan ia agak membebankan kebanyakan keluarga kerana didakwa melebihi kemampuan mereka.
Bagi menangani isu itu, projek mega pembinaan semula perlu dilaksanakan bagi menurunkan harga sewa, namun prosesnya dilihat agak perlahan berikutan beberapa pemaju dan kontraktor terpalit kes kecuaian di bawah projek pembinaan yang menyebabkan banyak struktur musnah teruk dalam insiden gempa tersebut.
Selepas kejadian bencana pada 6 Februari 2023, Presiden Recep Tayyip Erdogan pernah berjanji kesemua struktur yang terjejas akan dibina semula dalam tempoh setahun.
Beliau kemudiannya mengumumkan kira-kira 319,000 unit rumah akan siap menjelang bulan ini dan jumlah yang sama pada tahun depan.
Namun, data dikeluarkan Kementerian Alam Sekitar, Pembandaran dan Perubahan Iklim menunjukkan hanya 46,000 daripada 307,000 unit rumah dapat disiapkan pada bulan lalu. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Sat Feb 10 2024
Lokasi terkesan gempa di Kahramanmaras kini sesak dengan 'rumah kontena'. - Foto agensi
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Mangsa gempa Turki diami 'bandar kontena'
Dianggarkan seramai 1,200 penduduk mendiami 300 kontena berukuran kira-kira 21 meter persegi.