URUMQI: Manusia tertua di China, Alimihan Seyiti, meninggal dunia di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang pada Khamis pada usia 135 tahun, lapor Agensi Berita Xinhua.
Menurut pihak berkuasa tempatan pada Sabtu, beliau berasal dari Perbandaran Komuxerik di Daerah Shule di Wilayah Kashgar, Alimihan Seyiti dilahirkan pada 25 Jun 1886.
Pada 2013, beliau mendahului senarai orang tertua yang masih hidup di China yang dikeluarkan Persatuan Gerontologi dan Geriatrik China, yang sebelum ini dikenali Persatuan Gerontologi China.
Beliau menjalani rutin kehidupan harian yang sangat sederhana dan teratur sehinggalah menghembuskan nafas terakhirnya.
Wanita itu sentiasa makan mengikut masa dan gemar berjemur di halaman rumahnya dan kadangkala membantu menjaga cicit-cicitnya.
Komuxerik dikenali sebagai "bandar panjang umur," didiami ramai warga emas berumur 90 tahun ke atas.
Peningkatan perkhidmatan kesihatan turut menyumbang kepada jangka hayat yang panjang. Kerajaan tempatan telah menyediakan perkhidmatan doktor secara kontrak, pemeriksaan fizikal tahunan percuma, dan subsidi bulanan untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 18 2021
Pada 2013, Alimihan Seyiti mendahului senarai orang tertua yang masih hidup di China yang dikeluarkan Persatuan Gerontologi dan Geriatrik China, yang sebelum ini dikenali Persatuan Gerontologi China. - Foto Sinar Harian
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Manusia tertua di China meninggal dunia pada usia 135
Berasal dari Perbandaran Komuxerik di Daerah Shule di Wilayah Kashgar, Alimihan Seyiti dilahirkan pada 25 Jun 1886.