awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
140,000 kes tangkapan ular direkod pada 2025 - APM
Mayat lelaki disyaki mangsa bunuh ditemui dalam sungai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maria Sharapova disiasat polis India gara-gara projek pembinaan terbengkalai

Agensi
Agensi
21/11/2017
09:34 MYT
Maria Sharapova disiasat polis India gara-gara projek pembinaan terbengkalai
Sharapova belum mengulas tentang kes itu. - Gambar fail
Juara Grand Slam lima kali, Maria Sharapova, kini disiasat oleh polis India atas konspirasi penipuan dan jenayah susulan kegagalan sebuah projek perumahan mewah yang dipromosikannya, kata seorang peguam pada Selasa.
Portal India Times melaporkan, syarikat di sebalik projek pembinaan itu didakwa melarikan jutaan dolar daripada pembeli kediaman sebelum projek itu terbengkalai.
Piyush Singh, peguam yang mewakili salah seorang daripada pembeli, memberitahuAFP bahawa polis telah memfailkan dakwaan penipuan dan jenayah.
Projek yang sepatutnya dibangunkan di Gurgaon, iaitu bandar satelir di New Delhi, sepatutnya siap pada tahun 2016, namun kerja-kerja pembinaan telah terbengkalai selepas pihak pembangun mengumpulkan jutaan dolar daripada pembeli hartanah.
Setakat ini belum ada komen lanjut daripada pihak polis tentang kes itu, yang kini dibicarakan di sebuah mahkamah di New Delhi.
Panggilan yang dibuat kepada pihak pembangun juga tidak dijawab, sementara Sharapova belum mengulas tentang kes itu.
Bekas pemain tenis nombor satu dunia itu pada 2015 telah menjana pendapatan hampir AS$30 juta, dengan AS$23 juta daripadanya datang dari kerjasama promosi seperti projek di Gurgaon itu.
Dalam kerjaya tenisnya, Sharapova membuat kemunculan semula yang kontroversi pada April, selepas menjalani penggantungan 15 bulan kerana terkait masalah doping.
Topic Berkaitan
#India
#kediaman mewah
#mahkamah
#Maria Sharapova
#New Delhi
#polis
#projek pembinaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan