VICTORIA: Mayat seorang lelaki ditemui berhampiran Bathurst di Barat Tengah New South Wales, semalam.

Memetik laporan 9News, kehilangan lelaki berusia 46 tahun sejak Isnin lalu dipercayai terjawab dengan penemuan mayat lelaki itu.

Mangsa kali terakhir dilihat di lokasi 45 kilometer dari selatan Bathurst pada Ahad sekitar jam 11 pagi.

Pihak berkuasa Australia memulakan pencarian dan menemui sebuah kereta tenggelam di dalam Sungai Campbell di persimpangan Jalan Sewells Creek dan Jalan Lagoon di Charlton manakala mayat yang dipercayai lelaki hilang itu berada di dalam kereta itu.

Namun begitu, identiti mayat lelaki itu masih belum dikenal pasti.

Sementara itu, pasukan penyelamat, 200 generator dan tujuh helikopter diletakkan dalam keadaan bersedia.

Ketua Menteri Victoria, Daniel Andrews memaklumkan tidak menolak untuk mengarahkan Pasukan Pertahanan Australia (ADF) turun padang untuk memberi bantuan.

Jumlah taburan purata hujan dijangka meningkat di daerah Tasmania dengan kawasan paling teruk terjejas di Devonport sehingga Jumaat ini.