Skip to main content

Dunia

Media AS lapor Washington lancar serangan udara ke atas Iran

Scattered debris and smoke, at an unknown location, during what the U.S. Central Command (CENTCOM) says are strikes on Iran, in this screengrab taken from a handout video released on July 22, 2026. U.S. Central Command/Handout via REUTERS
Butiran lanjut mengenai sasaran serangan, lokasi yang terjejas serta jumlah korban masih belum diumumkan setakat ini. - Foto fail/REUTERS
Advertisement

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dilaporkan melancarkan serangan udara ke atas Iran, menurut beberapa media AS yang memetik kenyataan pegawai kerajaan pada Khamis.

Butiran lanjut mengenai sasaran serangan, lokasi yang terjejas serta jumlah korban masih belum diumumkan setakat ini.

Laporan itu muncul ketika ketegangan antara Washington dan Tehran terus memuncak susulan siri serangan balas membabitkan kedua-dua pihak sejak beberapa bulan lalu.

 

 

Konflik berkenaan kembali meruncing selepas Iran didakwa melancarkan serangan terhadap kepentingan serta kemudahan tentera AS di rantau Asia Barat.

Presiden AS, Donald Trump, sebelum ini memberi amaran bahawa negaranya akan mengambil tindakan tegas terhadap Iran susulan serangan yang menyasarkan pangkalan tentera AS di Jordan.

Setakat ini, Pentadbiran White House, Pentagon dan kerajaan Iran belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai laporan terbaharu berhubung serangan udara tersebut.
 

 

Must Watch Video

Advertisement