Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 21 September 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 21 September 2026.

  1. Tuanku Muhriz batal pelantikan Exco Kerajaan Negeri Sembilan serta-merta

    Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah membatalkan pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negeri berkuat kuasa serta-merta, menurut kenyataan dikeluarkan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan Datuk Azizi Mohamad Ali.

  2. Najib akan dibawa ke Langgak Duta?

    Polis belum menerima sebarang pengesahan rasmi berhubung kemungkinan Datuk Seri Najib Tun Razak dibawa ke kediamannya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur, bagi menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah.

  3. RCI Tabung Haji: Bekas timbalan pengurus besar pembinaan didakwa subahat pecah amanah

    Bekas timbalan pengurus besar projek pembinaan TH Properties, Tengku Kamarolhisham Tengku Kamaruddin, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini, atas pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah wang hasil kutipan penalti daripada kontraktor bagi projek pembinaan bangunan komersial milik Tabung Haji.

  4. 'Tidak sah, bercanggah perlembagaan' - MB pertahan barisan Exco Negeri Sembilan

    Mana-mana tindakan memberhentikan atau menamatkan keahlian Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dibuat tanpa nasihat atau permintaan rasmi daripada Menteri Besar adalah tidak sah, tidak berperlembagaan, serta tidak mempunyai sebarang kuat kuasa undang-undang, tegas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim.

  5.  Dadah 'bolos' dalam tahanan: Jabatan Penjara nafi dakwaan Yasin Sulaiman

    Ia mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan ketat bagi mengawal kemasukan serta peredaran bahan terlarang dalam institusi penjara.

  6. Tahanan rumah Najib: ‘Tiada pagar besi, itu semua khabar angin’ - Polis

    Kawalan akan dilaksana dengan pihak Jabatan Penjara bertanggungjawab di bahagian dalam, manakala polis mengawal bahagian luar kediaman.

  7. Tahanan rumah: Najib belum lunaskan denda RM50 juta - Peguam Negara

    Denda itu ditetapkan sebagai salah satu syarat bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah.

  8. JPJ catat kutipan RM91.21 juta hasil bidaan nombor pendaftaran siri 'H'

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan kutipan RM91.21 juta menerusi bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri 'H' sempena sambutan Hari Malaysia 2026.

  9. Serangan terhadap kedaulatan Perlembagaan Institusi Beraja Negeri Sembilan dan kedaulatan undang-undang

    KITA adalah sebuah negara yang berlandaskan undang-undang. Namun, beberapa peristiwa sejak beberapa hari lalu telah mencetuskan kekacauan terhadap kesucian kedaulatan undang-undang dan institusi-institusi yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

  10. Penyedia eKYC kemas kini sistem MyKad generasi baharu - JPN

    Penyedia perkhidmatan electronic Know Your Customer (eKYC) sedang mengemas kini sistem masing-masing bagi membolehkan reka bentuk dan ciri MyKad generasi baharu dikenal pasti dalam proses pengesahan identiti.
     

Must Watch Video

Advertisement